Corat-coret Aidilfitri 2011

Teratak pena | Sunday, September 04, 2011 |
Hari tu, 1 syawal punya sibuk sampai Cik Siti memang tak sempat nak ambil gambar sekeluarga. hari raya kedua sewaktu bertandang di rumah saudara belah Cik Siti barulah dapat snap gambar. yang banyal bergambar tu Cik Siti tempekkanlah ye. saja nak memeriahkan suasana hari raya ni. semua ni Cik Siti petik dari dinda Cik Siti (Cik Izah dan Cik Nurul)

Yang ini adalah saudara-mara sebelah Cik Siti. iaitu adik beradik dan ipar duai bonda Cik Siti. mereka ni biasanya bertandang dan pekena ketupat dan rendang cili api bonda Cik Siti. menu hari pertama hari tu adalah:
Ketupat semestinya dari daun kelapa
Rendang ayam Cili Api
Rendang paru
Sambal sotong kering
Kuah kacang
kari daging
Roti Jala(yang Cik Siti menjala hari Ahad sampai 3 jam! Cik Abang dok tukang gulung! hasil kerjasama suami dan isteri)

Yang ini pulak dari side Cik Abang. masa tu Cik Siti tengah melayan mereka. bersama ayahda mertua, ipar dan sepupu sepapat. mereka pun Cik Siti hidangkan menu yang sama. sedap sangat kot sampai tak sempat diaorang nak angkat kepala


Inilah dia sepupu bonda(tudung biru) Cik Siti bersama dengan sepupunya merangkap besan dia. dan juga bonda mertua Cik Siti.



Ini dia saat saudara side Cik Abang keluar dari rumah Cik Siti dan menuju ke rumah saudara yang lain. yang best cik Siti pun dok tumpang sekaki.... masa ni kita nak eratkan silaturrahim dan mengenal saudara ye tak?

Yang ini gambar di ambil di rumah Pak Sedare Cik Siti sebelah arwah ayah. yang bestnya rumah pak sedare Cik Siti masih lagi kekalkan rumah tradisi melaka dihadapannya...

Note: Mood raye lagi.... kat KL masih belum jalan lagi

6 comments:

  1. Wah menarik rumah tu CS,Rumah tradisional ni memang pujaan hati...,

    ReplyDelete
  2. salam aidilfitri
    wife saya pun orang melaka gak. tapi tak ada lak umah dia tangga batu cantik macam tu

    ReplyDelete
  3. Raya kat kampung gak yg TERBAIK. Lebih2 lagi hidangan yg disediakan... perghhhh.. kat bando mana ler nak dapat rasa yg ori lagi best adehhhhh....

    ReplyDelete
  4. raya2 pun ada kuih jala kak Siti? memang rajin menjala sungguh! ishk. Kalau Nita memang tak tersempat la nak masak camtu..hehe

    ReplyDelete
  5. Dnobiz: itule.... pak sedare CS memang suka dengan benda-benda pertukangan ni.... sebab itu rumah dia memang dia jaga

    wandisi: sekarang kat Melaka memang susah nak cari rumah macam ni. sekarang rumah batu yang tumbuh bak cendawan

    Dululainsekaranglain: itu le.... memang tiada ternilai rasanya nostalgia tu....

    CikAnita: dah kena kerah dengan bonda, pastu pujuk Cik Abang join sekali...hehehehe....

    ReplyDelete
  6. rumah kayu cantik berseni
    tangga batu kemas berhias
    singgah berjamu di aidilfitri
    berzirah kita usah bermalas

    ReplyDelete

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page