????

Teratak pena | Wednesday, September 07, 2011 |
Salam semua.... berjumpa lagi.... semoga sihat dan ceria selalu....

Yang sebenarnya tak tahu nak letak tajuk en3 apa. sebabnya isi cerita ni pun ala-ala santai... saja nak kongsi cerita. ada masa bila kita bercakap, penggunaan tatabahasa dan perkataan akan memainkan peranan yang penting.

okey... Cik Siti nak kongsi cerita yang pertama ni...


Bila bekerja dengan public dan kebanyakkannya dari kalangan bangsa lain
kadang-kala buatkan kita dok fikir balik. dan yang bestnya kita berfikir
bagai nak pecah otak tu. tambahan lagi dengan uncle yang mungkin agak
kurang bahasa melayunya. ada masa kita cuba betulkan, tapi ada masa kita
pun tak faham. dan ayat yang tak pernah Cik Siti lupakan adalah bila Cik
Siti berurusan dengan uncle yang sudah melebihi separuh abad. "Saya mau check
saya punya 'tunggangan'." Ha? "itu saya mau chek saya punya 'tunggangan'." dok
garu kepala sambil nak memahami apa kehendak uncle tu. memang syabas Cik
Siti ucapkan pada dia bila dia berani nak berbahasa melayu tapi....

Bila dia bagi bil dan tunjukkan bil bulan lepas baru Cik Siti tahu yang dia nak tengok tunggakkan. o.... cakaplah.... tak pe.... uncle.... belajar..... pening juga dibuatnya. nak gelak pun tak jadi bila tengok muka uncle tu yang bersungguh-sungguh. aduhhhhh.... bila dah lama diingatkan semula rasa macam nak gelak pun ada, kesian pun ada... aduh! 'tunggangan'

cerita kedua ni lak datang dari hasil anak Cik Siti yang kedua... si Syasya. cerita berlaku bila cik Siti balik raya tempoh hari. masa tu sehari sebelum raya yang mana Cik Siti membuat roti jala together dengan Cik Abang. dia pun tumpang sekaki sambil tengok panorama belakang rumah yang macam-macam ada.... first dia kata: "Ibu... comelnya anak itik tu..." Cik Siti dok jengah dan tengok tapi otak tu macam comfius sikit. anak itik? ooooo....."kakak, tu bukan anak itik. itu anak ayam." "anak ye ibu. comelnya. kecik betul." rosak! nampaknya nak kena dekatkan dengan kampung. anak ayam dengan anak itik dia pun tak kenal. itu belum jumpa dengan kerbau. mahu apa dia panggil pun Cik Siti tak tahu.


Namun tak lama lepas tu dia dok borak lagi... "Ibu.... ayam tu mengayuh."
kata dia. dengan penuh comfident! ayam mengayuh??? La.... ayam boleh
berenang ke? Cik Siti jengah lagi. mana tahu ayam tu
berenang-berenang sambil buat kuak lentang. lepas tu cik siti memang dah tak
boleh nak kontrol ketawa. Sorry ye nak.... tindakan luar kawalan....
"Kakak.... itu bukan mengayuh... itu mengais namanya.... ayam tak mengayuh...
dia mengais." bila adik Cik Siti dengar dia pun dah tak boleh nak kawal tawa
tu. akhirnya dia pun gelak.... apa pun Cik Siti bangga dengan dia dengan
comfident level yang ada. memang waktu umur macam tu waktu untuk dia
belajar..... dan rasanya banyak yang perlu dia belajar dan Cik Siti perlu
bimbing dia...

Note: Bila ingatkan semula memang lucu pulak.

4 comments:

  1. ingatkan uncle tu nak tanya pasal kuda
    haha

    ReplyDelete
  2. TEHR: itu le... first tu memang pening nak fahamkan.

    ReplyDelete
  3. haa...
    aduh nampknya mama dia kena buat kelas bahasa mly ar pas ni heee...

    ReplyDelete
  4. dulu Nita pernah jugak kerja yang sentiasa berdepan dengan orang ramai, memang kena sabar! kerenah memang macam2..tuhan je yang tau!hehe

    eh bahaya la dah tak kenal binatang, tapi memang bebudak zaman sekarang camtu la. Anak buah saya pun sama. tapi nnt dah besar InsyAllah mesti kenal punya. Dun worry.

    :)

    ReplyDelete

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page