Jom Balas Pantun

Teratak pena | Monday, September 12, 2011 |
Anak teruna membuat arca,
sudah siapnya terasa gembira,
Salam semua para pembaca,
Diiringi doa moga ceria.

wah...wah....wah.... eceh... berpantun le pulak... saja nak asah balik bakat berpantun yang dah lama tak digilap. kalau tidak kita nak martabatkan pantun ni siapa lagi kan? Silap haribulan anak atau cucu kita tak tahu apa itu pantun, kan? okeylah...saja je nak berbalas pantun kat sini. sesiapa yang sudi nak jawab dialu-alukan... siapa yang nak komen pun tak ada masalah. pucuk dicita ulam mendatang. Cik Siti akan sambut dengan gembira ibaratkan besar tapak tangan nyiru Cik Siti tadahkan....(bukan padang bola ye)

okey... ini dia pantun yang dah Cik Siti siapkan. Kalau nak beli free je... tak kena bayar pun...


1)Bersuka ria memetik melati,
Di hujung desa duduk di perdu,
Apakah ia sebab di hati,
Gula kurasa pahit hempedu.



2)Penat berlari keliling kota,
Mendayung sampan dengan tenangnya,
Mengapa dicari jauh di mata,
Sedang di sini tak kurang hebatnya.


3)Cantik berseni sulam berdiri,
Rambut dibelek indah disisir,
Apakah ini salah sendiri,
Ditatang dikelek akhirnya tercicir.

Sudi-sudikan andai dapat dibeli... budimu tuan ku simpan ku kenang hingga bila-bila...

9 comments:

  1. http://wanwidget.com
    saya x pandai pantun, puisi boleh ler

    ReplyDelete
  2. ditatang dikelek tapi tercicir
    nak kutip pula tak dapat cari
    usah salahkan suratan takdir
    memang dah salah diri sendiri

    ReplyDelete
  3. jauh di mata susah nak berjumpa
    klu dekat tersa rimas pula
    aduhai cik ct mengapa kau berduka
    aku di sini pengubat lara

    ReplyDelete
  4. alahaii..tak pandai lah nak berpantun! rima tak sedap, tapi Nita cuba ya..

    dihujung minggu mencuci mata,
    pergi Melaka berbaju nyonya,
    walaupun jauh dipandangan mata,
    namun di hati terasa getarnya.

    :)

    ReplyDelete
  5. @Cik Anita boleh tahan juge berpantun adik kita ni...

    ReplyDelete
  6. @tehr
    buah pauh si buah kuini
    sayang habis hati pun sedih
    kalau itu salahku ini
    akan ku terima dengan hati pedih

    ReplyDelete
  7. @suri
    Anak pak Malau cantik berseri
    ke rumah Pak Andak bawa selasih
    terima kasih wahai Cik Suri
    bantuanmu itu kuucap terima kasih

    ReplyDelete
  8. Masa panen kupetik kapas,
    Kapas kurajut jdi kebaya...
    Kalo Ada masa yg lepas
    Sudi cik smua ke Blog Saya...


    Hehe... Jom berbalas pantun...

    ReplyDelete

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page