Nak resepi???

Siti Norshimah Md Yasan | Friday, September 16, 2011 |
Okey.... salam Malaysia smua.... hari ni nak buat resepi lak... hari tu ajak kengkawan datang rumah jamu mee rebus dengan nasi himpit memasing nak resepi lak. okeylah... untuk kengkawan dan semua yang bertandang kat teratak Cik Siti nak kongsi le resepi mee rebus dengan kuah kacang. okey? tak payah sediakan pen dengan pensel... cuma kalau ada printer tu print je... tak ada term and condition. (hehehe)


Cik Siti snap mee rebus yang Cik Siti buat minggu lepas... jom roger dia punya resepi

RESEPI MEE REBUS

Utk kuah:
1Kg keledek
Daging dalam anggaran segenggam
(hari tu Cik Siti guna ayam sebab takut ada bangsa lain yang datang yelah... tpt keje Cik Siti ada cina yang Cik Abang ada india... so toleransi sikit)
Udang kering pun anggaran segenggam
2 inci halia
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
5 sudu rempah kari (ikut citarasa anda)
setengah sudu cili kering yang dikisar(tak nak pun tak pe)
1 ikat daun sawi
2 biji tomato

utk mee:
1 kg mee kuning yang dicelur
daun bawang
bawang goreng utk hiasan

buatnya simple je... sebab itu Cik Siti suka buat.
1) rebus keledek yang dibuang kulit dengan daging dan udang kering sehingga empuk
2) dah empuk tu masuk dalam belender dan masukkan sekali air rebusan kemudian blender sehingga menjadi pes... air rebusan tu jangan buang. agak-agak banyak sangat air tu asingkan dulu. kalau pekat boleh tambah.
3)satukan pes keledek tu dengan air rebusan. buka api dan didihkan...
4)Halia, bawang merah, bawang putih ditumbuk kemudian disatukan dengan remah kari. masukkan air sedikit dan tumis dalam kuali.
5)bila dah garing masukkan dalam periuk yang berisi kuah tadi.
6)Perasakan dengan garam dan gula.
7)masukkan sawi dan tomato
8) Siap!



Okey... untuk kuah kacang lak...

bahan-bahannya:
3 genggam kacang tanah yang disangai sehingga masak. kemudian blender kering(jangan halus sangat ye)
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
satu indi belacan
3 sudu besar udang kering
1 inci lengkuas
satu batang serai
5 sudu cili blender ikut selera (kalau nak pedas lebihkan sikit)
asam jawa


cara-cara
1)tumbuk bawang merah, bawang putih dan belacan
2)tumis dalam kuali dan masukkan bawang yang ditumbuk
3)masukkan cili blender
4)tumbuk udang kering dan masukkan ke dalam kuali
4) tumbuk juga lengkuas dan masukkan ke dalam kuali
5)bila dah garing masukkan kacang tanah
6)masukkan asam jawa (kalau ada belimbing buluh boleh campur dan rasanya lagi sedap)
7)masukkan serai kemudian perasakan dengan gula dan garam.
8)siap!

Okey... sesiapa nak buat open house tu boleh le cuba resepi ni... tapi sebelum nak beri orang makan tu buat dulu sendiri... nanti tak jadi susah pulak Cik Siti...

Okey.... sampai jumpa lagi...

Note:minggu ni minggu bz... petang ada jamuan kat rumah adik ipar... esok keje dan ahad lak ada 2 jemputan.. tak tahu nak gi mana... seremban ke rawang? seremban ke rawang?

13 comments:

  1. hai.
    suri nak cuba juga hee nampk senag waj blh gak buat sbg rumah terbuka heee

    ReplyDelete
  2. nak pinjam resepi mee rebus ye...cam senang ajer tu

    ReplyDelete
  3. @suri
    cuba dulu... kalau dah cuba dan menjadi baru blh guna dalam menu rumah terbuka

    ReplyDelete
  4. nampak senang je ni, cik siti
    orang lelaki pun pandai ni
    [terutama pandai makan]
    huhu

    ReplyDelete
  5. Prghhh sodap ehhh.. Tapi kawe takut ler nak masak kuah kacang. Time memasak pon ada tekniknya. Kalu silap lain rasanya. Agak tricky sikit mende nie.

    ReplyDelete
  6. Salam Kak Siti. Nita jadi cam prob lah nak komen kat blog akak. Tak taulah nape. Tak keluar nama Nita.

    p.s alaaa..nita memang minat masak2, tapi kalau masak2 mee macam tak reti..hehe

    ReplyDelete
  7. @tehritu memang dah tak boleh nak dipertikaikan... cubalah... mana tahu menjadi

    ReplyDelete
  8. @Novelgurlmemang sedap... selalu juga Cik Siti buat menu ni

    ReplyDelete
  9. @Dulu Lain Sekarang Lainmula-mula tu memang tak jadi sangat. pastu cuba lagi... dan lagi... dan lagi...

    ReplyDelete
  10. @Cik AnitaTak pe... walau macam mana pun kak Siti tahu Cik Nita dah tinggalkan jejak

    ReplyDelete

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page