salam jumaat semua...
okey hari nak cerita sikit apa yang telah terjadi semalam. Customer blur dengan Cik Siti pun blur sama.
Okeylah.... cerita ni terjadi pada petang semalam lebih kurang setengah jam sebelum pintu opis nak tutup. datang seorang Pak Awang Hitam nak bayar. ting tong 1485(peringatan! ini nombor giliran dan bukannya no 4D ye) dengan senggeh yang meleret dia datang antara kaunter member Cik Siti. Cik Siti yang dok kaunter paling hujung melambai. tapi sia-sia. dia tak nampak dan terus senyum simpul dengan member Cik Siti.... tahulah anak dara, senyum sampai tak nampak orang lain. Cik Siti laung"Counter 8 please, sir" tak dengar. "Sir!" tak dengar. dia senyum lagi. so akhirnya bila member Cik Siti bersuara barulah dia datang dan duduk.
Dengan diaorang ni kena tangkap betul-betul sebab bahasa inggeris dia orang ke dalam sangat. Fifteen dengan fifty lebih kurang sama sahaja bunyinya.
"I want pay my internet." sambil berkata dia senggeh. Yang Cik Siti pun senggeh juga dan angguk. lama juga di tunggu tapi dia dok senggeh lagi.
"Did you bring your bill sir," dia blur....
"your bill sir" O.... barulah dia nak keluarkan bil dari beg duit dia. satu perangai dia orang ni, kalau nak bayar bil tak pernah yang nak bayar penuh. amaun yang paling popular... hundred!
bila scan bil dan tengok ada tunggakkan 185.00 , Cik Siti tanya:
"how much you want to pay sir?"
"eighty five." okey.... ikut.... 85 ringgit. pap! Cik Siti enter. pas tu tunggu. tunggu punya tunggu tak juga datang. dia senggeh lagi. pulak.... mambang mana yang dah rasuk dia ni. Cik Siti bersuara.
"Eighty five ringgit sir." dia senggeh. senyum macam tak ada apa.
"eighty five sir." tak ada reaksi. macam tu juga dia membatu.
"Sir...."
dan akhir sekali bila dah agak hilang sabar tu.... ini ayat yang dia betul-betul faham.
"Your money sir!"
"O.... money!" barulah dia nak keluarkan duit. mungkin dia ingat boleh bayar bil dengan senyuman kot? huhuhu memang rasa geram pun ada. Cik Siti bagi balik bil tu dan dia berlalu dengan sentiasa tersenggeh... pelik! sakit ke dia????
jadi blur pulak lepas tu.... dia yang blur dengan kita-kita sekali pun blur juga....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Dah baca sila komen ye... Terima kasih...