Pantun dulu-dulu....

Siti Norshimah Md Yasan | Friday, October 14, 2011 |

Kredit by google

Hari ini hari jumaat. kalau ikut task hari ni berpuisi lak... apa kata kita kenang kembali pantun dulu-dulu... kalau masa STPM bukan main gila nak ingat pantun-pantun tu... Cik Siti curahkan balik mana yang Cik Siti ingat dan popular sampai sekarang ni...

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang jua.


Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong tunjukkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.


Kelang kelip ku sangka api,
Kalau api mana sumbunya,
Hilang ghaib ku sangka mati,
Kalau mati mana kuburnya.


Dari mana punai melayang,
Dari sawah turun ke kali,
Dari mana datangnya sayang,
Dari mata turun ke hati.


Bukan lebah sebarang lebah,
Lebah hinggap di pohon nangka,
Bukan sembah sebarang sembah,
Sembah dengan adat pusaka.

Okey.... kepada sesiapa yang ada pantun dulu-dulu boleh join sekali....

1 comment:

  1. pisang emas dibawa belayar
    masak sebiji di atas peti
    hutang emas boleh dibayar
    hutang budi dibawa mati

    ReplyDelete

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page