Hari Masak sedunia...

Siti Norshimah Md Yasan | Sunday, June 23, 2013 |
Salam Hujung Minggu....

Erm... minggu lepas dua hari Cik Siti ambil urgent leave.  begitu juga dengan Cik Abang.  sebab 2 dari 3 anak Cik Siti demam.  jadi bila duduk rumah tu tanya juga nak makan apa.  pada anak-anak.  akhirnya Cik Siti memasak dari pagi sampai ke petang.  semata-mata nak pastikan mereka tu makan.  Layan je le apa yang Cik Siti masak dari permintaan anak Cik Siti.

Tengahari tu Cik Siti masak Nasi Ayam Bakar... Ayam tu Cik Siti tak goreng.  Cik Siti bakar je.  jimat minyak dan berhasiat. bila dah masak tu, yang si kecik minta nasi ayam tu dok tenung je nasi.  orang tak sihatlah katakan.  nak buatkan bubur dia tak nak.  bila dah masakkan nasi ayam dia dok termenung pulak.

 Petang tu Cik Siti masak bubur kacang pulak.  Mana tahu diaorang nak.  Cik Siti campurkan dengan jagung sebab anak Cik Siti yang kakak dengan adik suka dengan jagung.  Erm.... dia orang tenung juga.
Akhirnya Cik Siti buat cekodok bawang dengan sambal. yang ini tak ada dalam list permintaan dan nasib baik anak-anak nak makan.  cekodok ni pulak yang dia orang berselera nak makan.  makanlah anak-anakku...

Dan sekarang ni mereka dah sihat.  dan makan pun dah sihat. cuma kena paksa mereka minum air banyak memandangkan cuaca yang tidak mengizinkan.

Dok fikir.... erm.... nak masak apa yek?

3 comments:

  1. cekodok juga jadi pilihan
    anak2 memang perlu dikawal dalam musim jerubu ni

    ReplyDelete
  2. En Tehr: itulah... kena paksa dia orang ni minum air banyak-banyak

    ReplyDelete
  3. salam singgah. bulan puasa ni kadang-kadang menu makanan ni memacam nak buat sampaikan tak termakan :D

    ReplyDelete

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page