Kerja: Gaji atau Berkat

Teratak pena | Sunday, January 06, 2013 |


Bertemu kembali...

Kalau kita bertanya kepada setiap yang berkerja, mesti mereka akan kata kerja sebab nak gaji.  betul tak?  Memang tak dinafikan.  Berapa banyak gaji, bergantung kepada kerja, kepakaran dan juga betapa tingginya pendidikan seseorang tu.   Namun kita bekerja kerana gaji semata, atau kita bekerja untuk mendapat berkat?  Itu pertanyaan, tepuk dada tanya selera.

Andainya, jika gaji beribu... tiada keberkatan dan tiada kesyukuran, gaji hanya tinggal gaji.  cukup bulan terima gaji, namun tiada kepuasan dan sentiasa mengeluh dengan apa yang diperolehi.  Jika ada berkat di dalam gaji itu, percayalah.... kepuasan itu tiada nilainya.  tiada keluhan dan tiada kesempitan.

Berkat.... bukan sahaja keikhlasan dalam bekerja dan penuh syukur, namun berkat juga dalam mengingati jasa dan pengorbanan ayah dan ibu.  setiap pemberian kita, setiap kali itulah doa untuk kita mencari rezeki meniti dibibir kedua ibu bapa kita.  Tak percaya? memang ada kebenarannya.

Cik Siti percaya, setiap kerja yang kita buat tanpa kenal jemu dan penuh keiklasan serta dikongsi dengan kedua orang tua... penghujungnya tiada pengakhiran dan rezeki kita akan berterusan dan rezeki itu tiada noktah.

Carilah rezeki untuk keberkatan.

10 comments:

  1. berkat
    itulah yang perlu kita harapkan dan pohonkan
    kerana kepuasan ada dalam hati bukan dalam poket

    ReplyDelete
  2. Alas meja ada di dapur,
    Angkat kaki tiada berhabuk;
    Ikhlas bekerja sentiasa bersyukur,
    Berkat rezeki sentiasa masuk.

    ReplyDelete
  3. kalau ikut jumlah gaji mmg tak pernah cukup,
    tapi kalau syukur apa yg ada, belanja apa yg perlu.. dah boleh ukir senyum da...

    ReplyDelete
  4. insya-Allah. Berkat. Janji sentiasa berdoa dan berusaha.

    ReplyDelete
  5. Ummi Kami:
    Suasana terik beralih redup.
    hujan rintik bumi dibasahi,
    itulah yang dicari di dalam hidup,
    moga diberkati dan dilimpahi.

    ReplyDelete
  6. Salam singgah.. lama dah tak singgah sini. hee :)

    Alamak, sedikit menyentuh hati lah entry ni.. Kadang, gaji dah agak banyak pun masih tak cukup. Masih ada keluhan.. Mungkin kurang berkat tu.. terima kasih atas peringatan...

    ReplyDelete
  7. Bismillah...

    Keberkatan itu perlu.
    Niat mencari rezeki untuk mendapat keredhaan Ilahi (pergi dan balik kerja),
    InsyaAllah.

    rajin-rajin la singgah: http://www.carehappytips.blogspot.com

    ReplyDelete

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page