Permainan yang selalu Cik Siti kalah

Teratak pena | Tuesday, January 08, 2013 |
Bertemu kembali...

La ni nak cerita lak pasal permainan yang selalu Cik Siti kalah dan Cik Siti akan give up bila bermain permainan ni terutama masa kecik-kecik dulu.  Nak tahu apa dia? ada dua permainan yang selalu membuatkan Cik Siti berderai air mata. apa tidak?  Cik Siti selalu kalah dan kena buli! huhuhu....

Mahu tidak, Cik Siti bermain semuanya dengan pak sedara dan dua pupu Cik Siti (yang kini jadi suami dan adik ipar Cik Siti) bayangkan.... dia orang tinggi panjang, yang Cik Siti ni rendah comel... (erm.... comel le sangat), kalau tak bermain dengan diaorang nak bermain dengan siapa lagi. masa tu Cik Siti darjah satu duduk kampung dengan nenek. keluarga jauh di mata. Mak sedara? semua dah anak dara.  mana diaorang nak main dengan kita orang lagi.

Permainan yang selalu Cik Siti kalah, dan permainan yang memang Cik Siti tak suka. Permainan itulah yang diaorang beria-ia nak main.  saja tau! Nyorok-nyorok(Kg Cik Siti panggil main cop-cop) dan main kejar-kejar. semuanya yang melibatkan aktiviti berlari! taulah Cik Siti ni tak cukup ketinggian! kalau main nyorok-nyorok lak, Cik Sitilah orang pertama dia orang cari.  yang lain?  erm.... buat tak nampak je.  geram sungguh! pastu dah jumpa, nak berlari kat tempat ibu dia, dah sah-sah le Cik Siti yang ketinggalan.  akhirnya Cik Siti yang jadi. pas tu jadi lagi, jadi lagi, jadi lagi.... sebab Cik Siti memang di belakang dia orang.

Kalau main kejar-kejar pun sama.  Sekali... gedebuk! hah! jadi! Wa..... tak nak main  lagi..... Cik Siti nangis dan berlalu dari situ.... Nek!!!!!! diaorang buli saya!!!!! Cik Siti tak hiraukan dia orang.  tunggulah kalau main teng-teng atau congkak.  Gerenti Cik Siti yang menang!

11 comments:

  1. Salam manis buat Siti..

    Ummi suka main pukul berapa datuk harimau masa zaman sekolah rendah dulu.:D

    ReplyDelete
  2. kami main lastik je
    tiap hari redah semak cari burung
    haha

    ReplyDelete
  3. hehe zaman dulu2 pompuan ada gak main nyorok-nyorok ni (org kedah panggil nusut-nusut) tp budak2 pompuan zaman lani tak heran dah, taknak main dah camni :P

    ReplyDelete
  4. Alahai, bebudak sekarang macam dah tak main sangat dah nyorok2 ni rasanya.. Sebab tengok ank2 buah asyik main game sesaja... Pengalaman Nita dulu, beriya carik kawan main nyorok-nyorok.. carik dalam selimut! nampak macam ada orang bernafas, beriya la bukak jerit2 ingtkan jumpa kawan.. rupanya kosong tak ada apa? errr. Tulah last mainn... seerammm.. T_T

    ReplyDelete
  5. Ummi Kami: Selalu juga main tapi Cik Siti selalu jalan slow kat belakang. senang nak lari nanti

    ReplyDelete
  6. En Tehr: yang itu saya mengaku memang tak pandai nak melastik. silap haribulan kena kepala pulak

    ReplyDelete
  7. umi nazrah: la ni budak sekarang dan main tab atau laptop je...

    ReplyDelete
  8. oh cikgu: bebudak lelaki memang suka main kejar-kejar. saja nak membuli kita

    ReplyDelete
  9. Nita: bahaya tu dik.... nasib baik tak terserempak dengan apa-apa.

    ReplyDelete
  10. Salam buat Cik Siti..:)

    Budak-budak sekarang mana berminat sangat main macam dulu-dulu kan...sekarang zaman dah canggih, duduk dan tekan dengan jari ja.. :D

    ReplyDelete

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page