Tak Salah

Siti Norshimah Md Yasan | Sunday, December 01, 2013 |
Salam berbahagia semua....



Tak Salah.... dah macam polis le pulak. Salah tak salah.

Tak salah berkongsi berita gembira orang lain.  Tapi salah kalau kita sengaja mengambil kesempatan dengan kegembiraan orang lain. 

Tak salah berkongsi  cerita sedih  orang lain.  Tapi salah kalau kita sengaja tidak mengambil peduli dan tindakan dengan kesedihan orang lain.

Oleh itu lebih baik berkongsi kesedihan orang lain kerana ini lorong kepada kesedaran dan kesyukuran kita kepada illahi,  tambahan lagi memberikan pendekatan yang lebih bermakna di dalam ikatan ukhwah.

Hendak tidur, tidurlah mata,
Jangan sampai camar berteriakan,
Wahai angin khabarkan berita,
berita apa yang ingin disampaikan.


Jangan cik abang bermain mata,
kalau tidak dengan cara,
Senyum diwajah kutahu cerita,
Wajah ceria hati gembira.

#Nampaknya entri Cik Siti kali ni cam lintang pukang.  Hahaha.... 

3 comments:

  1. Hamba tidak bermain mata,
    Sekadar terasa sampah tiba;
    Senyum bukan mahu menggoda,
    Sekadar berkongsi rasa gembira.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Buah melaka tumbuh melata,
    hinggap sekawan si rama-rama,
    Khabar gembira ku khabar merata,
    hanya untuk kongsi bersama.

    ReplyDelete

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page