Kad Raya Bayu Kenangan

Siti Norshimah Md Yasan | Tuesday, July 22, 2014 |
Bertemu semula....

Pejam celik pejam celik dah masuk sepuluh terakhir ramadhan.  Lagu raya dah kumandang di snaa sini.  Kemeriahan kanak-kanak bermain bunga api dan mercun usah dicerita.  Ala... macam kita dulu-dulu.  Nak marah pun kita sama je macam dia orang.

Dalam kemeriahan hari raya, nak juga Cik Siti selitkan e-kad yang dah Cik Siti siapkan khas untuk pengunjung di teratak ni.  Mana yang sudi jangan segan dan jangan malu ambik je yang mana-mana berkenan di hati tu.

Yang ini background kartun lat.  

Dan yang ini nak sangat ikut tema blog... atenye... 

Apa-apa pun sudi-sudikanlah.... Tulus ikhlas dari Cik Siti.... Ah.... Tahun ni cuti 9 hari... ikut turn cuti selepas.... Tahun depan kena cuti sebelum.  Apa lagi... pulun... Cuti pun ada banyak lagi.  

Nanti sambung lagi ye....Selamat Hari Raya dan Selamat Bercuti semua.... Sayang kamu semua... Jangan segan tau ambik kad raya tu. Hasil keras tangan Cik Siti.  Nak dua-dua pun boleh.... tak kena bayar pun

Siang hari memasang pelita,
Pelita bersusun di dalam raga,
Tangan dihulur maaf dipinta,
Tulus dari Cik Siti sekeluarga...

3 comments:

  1. Pelita bersusun di dalam raga,
    Bunyi mercun di tengah laman;
    Tangan ku hulur jauh terasa,
    Bersama kita bermaaf-maafan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Membeli lemang di dalam kota,
      Ketupat palas usah dilupakan
      Bermaaf-maafan di antara kita,
      Jalinkan ukhwah sesama insan

      Delete
  2. teringat dulu budaya menghantar kad raya...owh manis sungguh kenangan itu.:-)

    ReplyDelete

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page