Contest Cerpen Sesedap Rasa-Ain Zulaikha

Teratak pena | Tuesday, December 07, 2010 |


Berkorbar-kobar rasanya Cik Siti nak join contest ni.... saja nak tengok boleh ke tidak Cik siti ni buat cerpen Lawak....

Okey, cara penyertaan adalah seperti berikut



Sekarang.... drum rolllll Cik Siti nak mula


Di suatu petang yang damai dan ceria, sedang Ain Zulaikha menikmati hidangan dia bangkit dan lantas memandang ke arah jam dinding sebesar almari biliknya.

"Alamak! dah pukul 2. Habislah macam mana ni? Ain dah lambat ni." Ain segera bangkit bagaikan sepintas kilat dah terus ke bilik untuk dressing. Mesti comel kalau Ain pakai baju kuning dengan tudung pink.

Maka setelah siap semunya Ain pun menguncikan pintu rumah. mana tahu... kalau ada perompak nak merompak. Ermmm.... memanglah perompak kerja dia merompak. Takkan kerja mereka tukang bersihkan rumah. Tukang bersihkan rumah? Ah, sama juga maksudnye. Licin... satu pun tak tinggal

Ain dengan lengang lenggok Mak Limah pun menahan sebuah teksi yang kebetulan lalu di hadapan rumahnya.

"Encik,nak pergi pekan boleh?"

Belum sempat Ain membuka pintu teksi, pemandu itu bagaikan murai cabut ekor memarahi Ain. Ain terpinga-pinga. Kenapa? cantik sangatkah aku sampai nak ke pekan pun kena marah? Mesti uncle ni jeles dengan Ain sebab Ain ni comel sangat.



"Mana boleh ini macam adik comel. Tak boleh! tak boleh!"

"Kenapa uncle? Pergi pekan tak boleh pakai baju ni ke?" Tanya Ain terkulat-kulat.

"Bukan itu macam... Itu... kucing mana boleh bawa masuk ini teksi. nanti kalau dia kencing atau $*&#% sapa mahu cuci?" Alamak.... Ain lupa nak bawa masuk Laling masuk rumah.

"Nanti uncle... saya bawa masuk sekejap. Tunggu ah? Uncle jangan lari tau." Sebaik sahaja masuk ke dalam teksi Ain seperti malu sendiri. Nasib baik uncle ni tak tinggalkan aku.

Sedang menikmati pemandangan yang sudah biasa dilihat, Ain memerangkap lagu yang tidak asing di cuping telinganya. Wah! lagu kegemaran Ain. Cari Jodoh nyanyian kumpulan Wali.

"Wah! uncle suka lagu ni ke?" Tanya Ain sambil menyanyi kecil.

"Lagu ni banyak sedap. hari-hari uncle pun ada dengar ini lagu."

"Ye ke... siaran apa uncle pasang ye? boleh tolong kuat sikit tak?"

"Mana ada uncle buka radio... itu lagu handphone juga yang bunyi."

"Hah? Yeke?"

Alamak! dengan mempamerkan wajah kerang busuk dan senyuman separuh paksa Ain pun melihat diskrin telefon bimbitnya. Alamak! ada mesej.



"Aduh! baru top up 5 ringgit kat kedai mamak. Si Siti ni pulak nak share ke? berapa untung yang boleh dapat ni? Nak telefon mak kat kampung pun tak lepas." Keluh Ain. Tak pelah... mana tahu Siti ada hal penting. Ain dengan rasa baik hati share lima ringgit tu. Tak pe nanti jumpa Siti boleh tuntut balik.

Sampai pekan Ain pun melangkah masuk ke dalam restoran XXX. Setelah puas menantikan Siti yang tidak kunjung tiba dan perut Ain pun dah berbunyi gendang rebana Ain pun order Ayam dan Coke semestinya kegemaran Ain.




Setelah kenyang dan semuanya tinggal pinggan dan cawan Siti masih lagi tidak muncul. Sehinggalah dia mendapat satu mesej dari Siti.

Nanti duit tuntut dengan abang aku ye? dia ada tunggu di luar restoran. dia pakai baju warna pink ye.

Begitulah seperti yang tertaip diSkrin telefon bimbit Ain. Abang Siti dah balik ke? lama betul tak jumpa. sepuluh tahun dia tinggal dengan datuk dia dikampung. macam mana agaknya dia?



keluar saja dari restoran kelihatan seorang pemuda sedang menantikan seseorang. Aisyehhhhmaaannnn handsomenye..... tak sia-sia kongsi top up dengan Siti... rupa-rupanya dia nak Cari jodoh untuk Ain.... Dak Duk Dak Duk Ain dah jatuh hati....Terima kasih Siti.....

Amacam? Okey tak? Layan jelah ye....

Hadiah yang ditawarkan:


Okey.... last sekali Cik Siti nak tag

Semua yang membaca blog Cik Siti dan juga follower....Aci tak



6 comments:

  1. best citer
    kira cinta share kredit la tu
    hehehe

    ReplyDelete
  2. THANKS JOIn my kontest. :) apa2 update akan diberitahu... good luck :)

    ReplyDelete
  3. salam klik kli dari MO...
    nice lah cinta share kredit...

    hehe...

    MO pun join jugak centest cik AIn Zulaika ni...

    jom baca cerpen MO pulak..

    tq

    semoga sama2 berjaya ya

    ReplyDelete
  4. ADA UPDATE UNTUK CONTEST INI, SILA TINGGALKAN KOMEN

    http://ainzulaikhas.blogspot.com/2010/12/update2-contest-cerpen-sr.html

    ReplyDelete

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page