Belajarlah Dari Kanak-kanak

Teratak pena | Monday, December 06, 2010 |

Okey....en3 kali ni nak kongsi pendapat tentang kanak-kanak. Tak salah kita belajar dari kanak-kanak. Biasanya kita suruh anak-anak belajar dari kita. apa kata kita pula belajar dari mereka. satu sifat yang boleh kita belajar dari mereka adalah

TIDAK MUDAH AMBIL HATI


Cuba kita perhatikan mereka. kita marah mereka bagai nak rak. Tinggi suara dan adakala tangan pun jalan juga. Tapi.... pernahkah mereka ambil hati? Tidak. lepas marah tu dia orang buat macam biasa...

Kalau berkawan. mereka selalu berkata "Tak nak kawan kau". Itu masa mereka bergaduh. tapi kita tengok sampai bila mereka bertahan? Tak sampai sepuluh minit mereka dan kawan balik. Cuba kalau kita? Bergaduh dan berkata perkara yang sama tapi kadang kala bukan kata sehari, ada yang bertahun tidak bertegur sapa. apa kata kita belajar dari mereka..... tak salah kita saling bermaafan.....


note: Buang yang keruh dan ambil yang jernih

4 comments:

  1. jiwa kanak2 masih bersih
    hati mereka ni...
    tiada karat2 dendam
    tiada daki2 sengketa
    tiada kudis dan nanah cemburu dan dengki

    ReplyDelete
  2. Anak-anak ini bercakap dari hati dan ikhlas. Tidak macam orang dewasa ada udang sebalik mee :-)

    ReplyDelete
  3. dylli, tehr dan akubiomed: setuju!!!

    ReplyDelete

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page