Cinta Sejati Sepanjang Hayat

Teratak pena | Sunday, December 12, 2010 |
Tidak dinafikan semua orang yang hidup dimuka bumi ini inginkan cinta sejati. Cinta yang kekal sepanjang hayat. Teguh berdiri bersama mengharungi onak dan duri bersama juga keindahan percintaan yang berukir digenggam erat.

Bila cerita tentang Cinta sejati ni Cik Siti teringat dengan cerita yang pernah disiarkan oleh RTM dulu. dalam tahun 90'an rasenya. Mungkin ada yang pernah tengok cerita CIK SITI INTAN KEMBANG.

Cerita yang penuh rasa cinta dan menghayat hati. Kisah cinta dari kanak-kanak kian tertunas sehingga mereka dewasa. namun takdir telah ditentukan bila pengakhirannya.... sedih....

Cerita bermula Hassan Basri dan Cik Siti Intan kembang yang berkawan semasa kecil. Cik Siti Intan Kembang merupakan kanak-kanak yang 'comel'. Cik Siti Intan Kembang ni merupakan seorang yang pintar dan sering membantu Hassan Basri di dalam pelajaran. dan kata-kata semangat yang sering diluahkan oleh Cik Siti Intan Kembang adalah:

PANDANG KEHADAPAN BARULAH ADA KEMAJUAN

Namun Cik Siti Intan Kembang berpindah kerana melanjutkan pelajaran dan dalam masa yang sama dia mengalah dengan Hassan yang meminati rakannya yang lebih cantik. Bak kata cinta sejati mengharungi segala yang mana Hassan Basri menantikan Cik Siti Intan kembang sehingga pulang. Apabila Cik Siti Intan Kembang pulang ke kampung, dan Hassan Basri mula menyunting, Cik Siti Intan Kembang memberikan berita yang memeritkan yang mana Cik Siti Intan Kembang menderitai sakit kanser. Namun itu semua tidak memberi kesan yang mana Hassan Basri tetap ingin berkahwin dengan Cik Siti Intan Kembang. Sehingga di dalam pernikahan Cik Siti meninggal dunia. isk! isk! isk! sedih tu cite tu...



Cinta sejati tidak mengenal rupa, dibekalkan dengan kepercayaan dan kesetiaan adalah ramuan dan resepinya.

note: Badan Cik Siti Intan Kembang pun cam Cik Siti juge... sebab itu suka tengok cite tu

9 comments:

  1. Cinta sejati amat murni..dan ia sunggih indah untuk di kenang.

    ReplyDelete
  2. wah sedih juga ending dia ...
    emm cinta sejati walau mcm mana pun..
    mesti merka akan bersatu hehehe :)

    ReplyDelete
  3. kalau bercinta, punya niat nk suci dan murni, pasti bersama akhirnya! :)

    ReplyDelete
  4. cinta sejati akan terus mekar dan bahagia biar pun tidak hidup bersama

    ReplyDelete
  5. alahaiii nak sangat tgk citer nie....sesiapa ada....vcd ke boleh upload kannnnplsss

    ReplyDelete
  6. Dah lama cari citer ni....tp dah delete kat youtube..sapa2 yg ada bleh la uload semula

    ReplyDelete
  7. ye betul.. sy pun cari cite cik siti intan kembang ni..

    ReplyDelete
  8. Mane nak tgok balik crite ni??? Kalau jumpe , please share

    ReplyDelete

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page