Menu Yang Wajib Ada kenduri Di Melaka

Teratak pena | Tuesday, December 14, 2010 |
Okeylah, kali ni Cik Siti nak ceritakan sikit menu yang wajib ada pada kenduri di Melaka. Cik Siti nak readers semua mencuci mata pagi-pagi ni. mana yang tengah lapar tu gerenti kenyang tengok menu-menu ni... Gambar ni diambil semasa kenduri di rumah bunda masa sambut ramadhan tempoh hari. 1/8/2010. Okey... layan jelah ye

Ini adalah menu yang wajib ada. asam pedas. biasanya di Melaka mereka
kebanyakkan menggunakan ikan parang untuk buat asam pedas ni. kalau tak ada,
ikan duir pun boleh. Rasanya yang pedas masam memang membuka selera.


Ini adalah menu sampingan. Bunda Cik Siti memang suka buat sayur campur. Katanya
ini baru kene 'gu' dia. campuran sayur segar membuatkan Cik Siti masa tu dok
santap sayur tu tanpa nasi. Yang selalu Cik Siti 'curi' cendawan dia.
Ha...ha...ha... Cik Siti jahat.


Kari adalah menu yang biasa kita lihat dalam kenduri di Melaka ni. Biasanya
mereka
menggunakan daging untuk masak kari ni. jarang sekali mereka guna
ayam. Cik Siti suka dengan kari yang disimpan dalam peti ais dan kemudian
dipanaskan. lepas tu buat jemput-jemput dan cecah. memang sedap. sebab kari yang
disimpan dan dipanaskan kuahnya lebih pekat.


Kenduri hari tu bunda Cik Siti tak guna ayam. kami guna udang buat sambal.
Menarik kan sambal udang atas ni? kepada sesiapa yang ada gout tu kena
berhati-hati... takut nanti datang gout tu. Sambal udang ni memang kegemaran Cik
Siti. dapat sambal udang dengan sayur campur yang lain Cik Siti tak pandang.



Inilah dia acar Melaka. Rempah acar ni boleh dapat di Melaka je. sebab Cik Siti
pernah usya juga kat KL tapi tak jumpa. Acar melaka ni bahan asas dia timun,
lada hijau, bawang besar dan kalau nak boleh tambah lobak merah. Biasanya
orang-orang yang berpengalaman yang uruskan merencah ni.... Nantilah ada masa
Cik Siti korek resepi dengan bunda Cik Siti acar melaka ni. yang atas-atas tu
korang mesti dah biasa tengok dan ada juga yang terror nak masak.

Note: 'GU' tu maksudnya regu/lawan....



4 comments:

  1. uwwwaaaa!
    dahla tengah lapar ni, makin lapar la tengok udang dengan asam pedas tu. Share la resepi asam pedas tu kak. Nak cuba masak kot-kot jadi.

    ReplyDelete
  2. nanti akk cuba post entri resepi lak ye

    ReplyDelete
  3. aku memang kalah dengan masakan orang melaka ni
    dulu2 pernah tinggal bersama kawan dari melaka selama 5 tahun di hutan sarawak
    memang saya tak takan dengan pedas

    ReplyDelete
  4. betul2.. sy suka sangat asam pdas orang melaka buat. sangat sedap. heheheh ayah saya lah orang mlaka tu..

    ReplyDelete

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page