Lagu Yang Paling Menyentuh Hati

Teratak pena | Saturday, December 18, 2010 |
Bila Cik Siti dengar lagu ni, hati Cik Siti tiba-tiba sebak. lirik lagu yang penuh bermakna dan alunan melodinya menyentuh perasaan. Kalau Cik Siti seorang dan waktu sunyi lagu ini memang membuatkan Cik Siti mengalir air mata.

Fikiran Cik Siti tiba-tiba terkenangkan arwah ayah yang sudah tiada dan ibu yang berada di Melaka. masa itulah terkenangkan kehidupan Cik Siti di Segamat sebelum kehilangan ayah yang tersayang. kemudian Cik Siti terkenangkan semasa ibu membesarkan kami tanpa ayah di sisi. dalam diam Cik Siti menyapu air mata.

Pengorbanan ayah dan ibu begitu besar maknanya. Tanpa mereka siapalah kita. Tanpa kasih-sayang mereka tiadalah kita sekarang ini. Segala apa yang dicurahkan tiada yang boleh dibalas. walau air laut yang tiada bertepi atau pun segunung intan yang diberikan. pengorbanan dan kasih sayang ayah dan ibu tiada nilainya dan doa adalah sekelumit balasan agar mereka bahagia selamat di dunia dan akhirat.


Ayah Dan Ibu

Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai...

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati

Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat



Hargailah jasa mereka selagi mereka ada dan sebelum mereka menutup mata. betapa ruginya kita andai kita mensia-siakan mereka....


Note: Teringat pulak kenangan dengan arwah ayah dulu... :(

3 comments:

  1. salam kak siti ;)
    Doa je jalan yang terbaik agar arwah tenang kat sana. InsyaAllah. Anita belum pernah rasa kehilangan orang tua yang terdekat. Tu yang jadi takut je nak hadapi bila-bila masa. hurm

    ReplyDelete
  2. we are in the same boat..caer pon dah ilang ayah..huhu..tp insyaAllah akan slalu dikirim ntuknya

    ReplyDelete
  3. Anita> dah 16 tahun.... satu tempoh yang panjang tapi macam semalam dia pergi
    mohd sasuke> kita doa bersama

    ReplyDelete

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page