TELEGRAM DI MALAYSIA

Teratak pena | Monday, December 13, 2010 |

*Inilah rupanya mesin telex...Cik Siti puas google cari gambar ni
Okey kali ni Cik Siti nak kongsi sikit pasal telegram. Pernah dengar tak? Rasanya kalau dulu-dulu mesti pernah dengar. dan sekarang Telegram dah tenggelam. semenjak ada SMS, E-mail, Telegram dah seperti tak berfungsi. namun yang sebenarnya Telegram amat penting pada abang-abang askar, kan? Ini pengalaman Cik Siti masa Cik Siti kendalikan Telegram di Melaka dulu.


Kalau dulu orang sering kaitkan Telegram dengan berita-berita yang mengejutkan seperti sakit, dan kematian. Sekarang mungkin masih diguna pakai untuk tentera. Cuma bezanya sekarang TM dah maju. tak ada lagi guna mesin telex. sekarang telegram dah guna komputer. Cik Siti dapat juga merasa menggunakan mesin telex ni.


First masa Cik Siti tengok mesin telex ni macam pelik sikit. Ianya lebih kurang sama dengan mesin taip. cuma mesin taip tak boleh jalan sendiri. he..he...he...
Mula-mula guna mesin telex ni memang mencabar. sebab segala yang kita taip semuanya 'online'. dan jangan nampak mesin telex macam tu je... sebab ianya diguna pakai satu dunia. Rasa-rasa Cik Siti mesti ramai anak muda sekarang kalau kata telegram mereka mesti tanya apa tu?

Telegram bukan saja perutusan malah ianya satu sumber berita sebelum internet, e-mail dan SMS diperkenalkan. Kalau dulu telegram bukan sahaja dikaitkan dengan berita-berita malah TM juga pernah memperkenalkan kad LX iaitu kad ucapan. tak kiralah kenaikan pangkat atau hari lahir. Bayangkan kalau masa ulang tahun Yang DiPertuan Negeri Melaka. mahu nak tercabut tangan Cik Siti nak taipkan kad Ucapan. Setiap negeri akan hantar ucapan. Tak pe.... excersice tangan.

Pernah satu ketika dulu Cik Siti tengah kering nak beli kad hari jadi untuk mak tak de duit. Cik Siti dapat satu akal telefon 104 dan mereka akan hantar terus kerumah menggunakan pos laju.... he...he...he... semua tu dia caj dalam bil telefon.


Semua telegram yang Cik Siti terima bukan sahaja dari dalam Malaysia, malah negara-negara lain juga. yang paling selalu terima India dengan Indonesia. Satu je yang kadang-kala Cik Siti tak gemar. Bila petang tengah sibuk buat laporan dengan kesunyian tetiba je mesin tu berbunyi sendiri. Kus semangat. Yang paling risau kalau cuti panjang. Takut kertas habis. kalau pita dia boleh baca tak ape juga, kalau tidak? nak kena telefon Call Center dia.

Masa kendalikan telegram ni satu melaka bebudak pejabat pos kenal dengan Cik Siti. Sebut je SITI TELEGRAM semua orang dah stand by pen dengan kertas. sebab mereka yang hantar telegram-telegram tu... Sampaikan Cik Siti nak kahwin pun Cik Siti pun letakkan nama glamer Cik Siti iaitu SITI TELEGRAM. Kalau nama penuh gerenti dia orang tak kenal. Nah, sekarang dah pecah tembelang Cik Siti.... nama glamer Cik Siti sebelum ni.... itu kira-kira 8 tahun dulu... tapi Cik Siti merasa amat puas sebab Cik Siti tahu tentang telegram ni... sebab Cik Siti boleh ceritakan pada anak-anak. sebab mana tahu akan datang ianya akan terhapus dek pembangunan.

Masa nak baca telegram dengan pejabat pos ada kaedahnya...

Singapore England Kedah India Australia Norway
(S E K I A N)
Okey, sampai jumpa lagi....
NOte: Rindunya nak buat telegram.....

1 comment:

  1. biasa juga guna telegram dulu2
    hantar ucapan, berita malah kirim duit juga

    ReplyDelete

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page