Segmen: Kenangan Waktu SPM

Teratak pena | Sunday, December 12, 2010 |


Kali ni Cik Siti nak join segmen dari bangku kosong iaitu Kenangan Waktu SPM. Nak tahu Cik Siti ambil SPM tahun bila? Tahun 1994. dah 16 tahun lamanya... tapi kenangan bersama memang tak boleh lupakan...

Firstly.... memang mase tu Cik Siti dengan kengkawan tak sangka guru kelas kita orang. Nak tahu siapa? Guru Disiplin untuk pelajar perempuan. Cikgu Rokiah. mahu kecut perut kita orang masa tu. sudahlah kita orang ni baik-balik belaka. tengok muka Cikgu Rokiah pun kita orang dah dak!duk!dak!duk!.

Namun segarang-garang cikgu ada sayangnya pada anak muridnya. kalau kita ikut peraturan takkan dia nak marah kan? walau dia garang, tapi dia selalu juga take care dengan murid-muridnya. tambahan pulak dia yang ajar math masa tu. sanggup tu dia bawa anak masa kelas tambahan semata-mata nak tengok kita ni berjaya.


*Yang bertanda bulat itulah guru kelas yang kami sayang....

Dengan semangat setia kawan juga kami semua berganding bahu dan mendapat salah sebuah kelas yang berjaya menjadi kelas terbersih dan menangkis cerita-cerita negatif kami. masa tu kembang kempis jugalah kita orang. bangga tu...

Kenangan masa lalu memang indah kita kenangkan. dan dengan teknologi masa kini (FB) Cik siti berjaya juga kumpulkan beberapa rakan.... Namun kenangan bersama guru memang tidak boleh dilupakan. Segala ilmu yang dicurahkan tetap terpahat....

Note: Sayang Semua..... muaksss nak tahu Cik Siti yang mana satu? tu... sebelah guru yang berkaca mata(Cikgu Riduan)

3 comments:

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page