Guru Manakah Yang Paling Anda Hormati

Teratak pena | Friday, December 03, 2010 |

Okeyle... entri kali ni Cik Siti nak cite sikit pasal cikgu. Guru manakah yang paling anda hormati? Terpulanglah pada persepsi semua tentang subjek ni. Kita hormat dia sebab dia guru disiplin? guru yang paling kita suka? atau Guru yang paling kita sayang? memang tidak dinafikan kita semua hormatkan guru. merekalah yang mengajar kita akan ABC, 123 dan Alif, Ba, Ta... mengenal hidup dan mengajar erti sahabat dan rakan...

ada 2 orang guru yang paling Cik Siti hormati masa sekolah menengah dulu. Yang pertama Cikgu Rokiah. Guru disiplin merangkap guru kelas Cik Siti masa tingkatan 5. first time masa cik siti tahu yang dia jadi guru kelas memang kembang kuncup jantung Cik Siti.... sebab dia ni guru disiplin... kalau ada salah suka sangat nak mencubit. dan Cik Siti pun pernah merasa.... perit.... Sungguh pun dia guru disiplin, namun sebenarnya dia seorang guru yang baik. dan mudah memahami... dia banyak membantu Cik Siti tambahan pula keadaan Cik Siti yang pada ketika itu baru sahaja kehilangan ayah.

okey.... guru yang kedua yang Cik Siti hormat adalah Cikgu Zakaria. dia adalah pengetua MAM semasa Cik Siti ambil STPM 1997. Dia ni memang susah nak senyum. tapi kalau dia senyum..... manis juga... yelah mesti dia kena jaga title sebagai pengetua. betul tak? dia banyak mengajar Cik Siti supaya belajar dan terus belajar. semasa itu dia mengajar Sejarah 2( Sejarah Malaysia). Bayangkan masa tu walau banyak masa hasil tulisan kita dengan bukti tarih, watak dan pertistiwa markah Cik Siti tak pernah jejak 60 markah. walhal rasa cam nak tercabut tangan ni menulis. dia kata hidup ni kena sentiasa belajar. dan hasilnya Cik Siti dapat A1 dalam sejarah berbanding dengan waktu SPM yang Cik Siti dapat cangkul.

nota: kenangilah jasa guru... sesungguhnya ilmu yang diberi adalah lebih baik dari kita mencari ilmu dengan mengembara.....
*Rindulak masa sekolah dulu........

1 comment:

  1. salam..
    setakat ni..semua guru saya
    sayang dan hormat..tanpa mereka
    siapalah kita kan??

    ReplyDelete

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page