Malu Bertanya Sesat Jalan

Teratak pena | Saturday, December 18, 2010 |



Malu bertanya sesat jalan.... ermmmm bila kita pergi ke sesuatu tempat yang agak asing bagi kita dan kita tidak tahu mana nak tuju selalunya kita akan mencari pertolongan. Biasanya kalau kita drive kita akan singgah ke stesen minyak. isi minyak barang sepuluh ringgit walau pun tangki setengah lagi, atau masuk ke dalam beli air atau roti. ibaratnya kita berterima kasih... namun dalam erti kata singgah sempat juga kita bertanyakan arah. biasanya mereka yang bekerja di stesen minyak lebih arif. tapi jalan tersalah tanya. sila bertanyakan kepada yang faham bahasa melayu sahaja ye. nanti tempat lain pula yang sampai.

Peribahasa tu tak semestinya kita fokus kepada penunjuk jalan sahaja, kan? dalam kita belajar dan juga bekerja juga perlu juga bertanya jika kita tidak tahu dan buntu. jangan pulak nanti kita dikatakan bodoh sombong. tak rugi kita bertanya dan tak salah kita buangkan sifat malu untuk kita berjaya dan belajar. Jika kita bertanya, kita akan belajar sesuatu yang mana mungkin tidak pernah terfikir oleh kita. dan untuk kita belajar usah mendengar kata orang lain melainkan hati dan fikiran kita seniri. tanamkan niat untuk belajar dan buangkan rasa rendah diri itu.

Cik Siti nak ceritakan sikit pengalaman hari pertama Cik Siti menjejakkan kaki di opis Cik Siti. masa tu kebanyakkan orang-orang lama. Jadi Cik Siti ditempatkan di Telegram. First time jumpa memang le pelik. Cik Siti tanyalah itu apa, ini benda apa dan tahu apa jawapan yang Cik Siti dapat "Saya malas nak ajar awak. Bukan apa, dua tiga hari kat sini lepas dah ke tempat lain." Pang! tepat kena muka Cik Siti(Bukan dia tamparlah) cuma cik SIti sentap sikit.

Tapi Cik Siti wat muka seposen dan buat muka tak bersalah Cik Siti ikut mana saja dia pergi... kecuali tandaslah... sambil dia buat kerja Cik Siti tanya. nak tak nak dia kena jawab juga. Yes! Cik Siti dapat juga belajar dengan dia. Ternyata apa yang Cik Siti buat akhirnya memberi jawapan apabila Cik Siti kena ganti dia setelah dia berpencen. Nasib baiklah Cik Siti belajar... kalau tidak mahu naya juga...

Nak berjaya juga jangan kedekut dengan ilmu... pada Cik Siti kalau kedekut ilmu lagi banyak yang kita dapat lagi banyak yang kita hilang....


Note:Pernah tanya Pak Guard di CM mana letaknya tandas...

3 comments:

  1. ye betul tu, kita kne rajin tnye, kalau tak mmg apa depan mata sampai bila tak reti nak buat.

    saya pernah tanya kawan saya masa form 5 dulu, jawapan yg dia bagi " tak reti nak ajar " , itu dikira apa? kecik hati gak la, tp rsenye dia mmg tak reti nak ajar kot.. T_T

    ReplyDelete
  2. tak pe... kalau dia tak boleh ajar kita cari guru lain

    ReplyDelete
  3. saya lebih suka ke balai polis untuk bertanya arah jalan
    rasa lebih yakin je

    ReplyDelete

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page