Hati penuh dengan rasa debaran

Teratak pena | Thursday, December 30, 2010 |
Seingat Cik Siti rasa debaran masa Cik Abang nak angkat nikah. la ni.... hati Cik Siti penuh debaran kerana anak nak masuk sekolah. he...he..he... pelik, anak nak masuk sekolah ibunya pula yang rasa debarannya. Esok penentuan bagi anak Cik Siti di manakah dia akan ditempatkan di dalam kelas. Orentasi darjah satu yang bermula 9.00 pagi esok disusuli dengan peperiksaan untuk anak Cik Siti. di situlah dia akan ditentukan kelas.

Bukan itu sahaja, bermula 3 hb ini juga ikrar Cik Siti akan dibacakan oleh seluruh warga kerja diseluruh Malaysia... debaran tu tak boleh nak diceritakan. semasa Cik Siti baca buat kali pertama dengan permintaan boss Cik Siti, Cik Siti dah cuak. tangan Cik Siti dah menggigil..bukan apa, kembang kuncup bila orang baca hasil nukilan kita. jam 815 pagi 3hb boss Cik Siti dah request nak suruh Cik Siti laungkan ikrar tapi.... Cik Sitikata:

Sorry.... boss..... anak nak sekolah. Cik Siti cuti....


Apa pun Cik Siti nak ucapkan kepada anak-anak yang akan melangkah ke alam persekolahan tahniah diucapkan dan semoga berjaya menempuh alam baru....


note: hish! macam Cik Siti lak nak ambil peperiksaan.... rindunya waktu sekolah....

4 comments:

  1. memang berdebar bila anak mula masuk sekolah
    macam2 hat bermain dalam fikiran
    mudah2an selamat semuanya

    ReplyDelete
  2. waaaa bestnyaa anak da darjah 1 :)

    ReplyDelete
  3. macam mana dengan anak kak siti kat sekolah? si kecik meragam tak ye?

    ReplyDelete
  4. tehr: al-hamdulliah.... semuanya selamat
    Ain:hehehe
    Anita: biasalah ari pertama... mesti berderai air mata tu

    ReplyDelete

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page