Wanita dan Rokok
Teratak pena | Monday, November 29, 2010 |
Bila kite cerita tentang rokok terus kita terfikirkan akan lelaki. lelaki sinonim dikaitkan dengan rokok. namun apa akan terjadi untuk zaman kini wanita pula yang bertindak berani dengan berjinak-jinak dengan rokok.
Cik Siti bukan apa, peristiwa ni Cik Siti lihat dengan mata sendiri. semasa balik kerja, Cik Siti singgah di gerai brother Burger Ramly sebab teringin nak makan burger. kemudian, parking sebuah kereta yang pada Cik Siti memang orang ini orang berada sebab keretanya mencecah ratusan ribu. dalam tu Cik Siti lihat ada baby. nampak cam samar sebab waktu malam. Mesti comel baby tu...
kemudian keluar pemandunya untuk membeli makanan di gerai sebelah. Cik Siti perhatikan sahaja. kemudian si ibu keluar dan meninggalkan si bayi ni dalam kereta. Cik Siti fikir mungkin dia cuma ambil angin luar, namun yang Cik Siti terkejut melihatkan si ibu mengeluarkan kotak rokok. dan tanpa segan silu si ibu ini merokok dikhalayak ramai. tersentap Cik Siti sekejap.
Kemudian Cik Siti berfikir, sebab apa dan mengapakah si ibu ini merokok? si ayah pulang dari kedai dan seperti tiada apa berlaku sedangkan si ibu ini gah mengembuskan asap rokok. Cik Siti tak marah. Cuma Cik Siti sedih dan kesal. apakah dia tidak fikirkan anak kecil di dalam kereta itu? apakah sebab status dia berjinak dengan rokok? walau pun bukan urusan Cik Siti tapi Cik Siti rasa macam kecewa sangat.
Dan.... di suatu hari nanti bila sang anak sudah membesar adakah ini contoh teladan yang baik? Cik Siti yakin tidak.
Sesungguhnya Cik Siti berdoa dan terus memperingati diri sendiri agar tidak menjadi seperti mereka itu....
note:Merokok lebih banyak keburukannya dari kebaikan...
*Risau dengan anak gadis sekarang ini ada yang sudah berjinak dengan rokok...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salah satu perjuangan kaum wanita untuk mendapat hak yang sama dengan lelaki
ReplyDeletedan ada juga sesetengahnya sudah lebih hebat dari lelaki
pilih perjuangan yang baik2 je ya, wanita
now jumlah merokok wanita, makin meningkat..
ReplyDeletemereka pun tanpa segan silu, merokok ditempat awam..
salam..
ReplyDeleteermmm...dah ramai yang begitu,
mungkin baru bagi anda..mereka ini memperjuangkan hak sama dengan lelaki,begitulah jadinya..
hehe yeap masih di perantauan tak lama lagi balik :P
ReplyDelete