Info Ari Ini
Teratak pena | Tuesday, April 13, 2010 |
Okeylah, entri kali ni Cik Siti nak kongsi ilmu dengan semua. sebelum terima pelawaan cik Izzah untuk updated gedik-gedik di Melaka, apa salah selitkan info ye tak? Info ni cik Siti godek dari alam maya (internet le tu) layan jelah... okey wat dapat ilmu...
Sayur-sayuran yang boleh mencegah kanser
BROKOLI
Brokoli dapat melindungi dari kanser usus besar dan kanser payudara. Menurut kajian, brokoli dan sayuran daun hijau lain kaya dengan serat dalam gula 'galaktosa' yang dapat membantu melindungi protein 'lectin' yang melekat pada dinding usus besar dan menyebabkan kerosakan.
TOMATO
Tomato dapat melindungi dari kanser dan penyakit jantung. Satu dari unsur aktif dalam tomato adalah 'phytochemical lycopene' dikatakan dapat menyekat terjadinya kanser. Menurut Jurnal Institut Kanser Nasional, orang yang banyak memakan tomato dapat menurunkan risiko berkembangnya pelbagai jenis kanser sebanyak 40%. Selain itu, tomato juga memiliki bukti cukup kuat untuk kanser prostat, paru-paru dan perut.
KUBIS
Kubis melindungi bahagian perut dari diserang kanser usus besar dan kanser payudara kerana kubis mengandungi 'glutamine' dan 'smethylmethionine'.
BAWANG PUTIH dan MERAH
Mengawal kolesterol tinggi, serangan jantung, demam, kanser dan radang. Kandungan sulfur dalam bawang putih yang diambil secara teratur dapat membantu menurunkan kolesterol dan menurunkan gumpalan darah.
LOBAK
Mengurangi risiko penurunan kadar penglihatan, demam dan kanser. Lobak kaya dengan beta karotena yang mampu merangsang daya tahan tubuh dan anti kanser.
LADA MERAH
Melindungi dari demam dan kanser. Lada merah kaya dengan vitamin C dan beta karotena yang dapat meningkatkan sistem kekebalan dan melindungi terhadap segala sesuatu dari demam hinggalah kanser.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
saya makan seme sayuran diatas kecuali bawang2 huhuu..
ReplyDeleteopss ekceli nak announce and ucap tahniah kerana Abby & ibu tersenarai TOP 4 Contest Seiras Wajah bulan Mac