Kahwin Pilihan Keluarga?

Teratak pena | Friday, April 23, 2010 |
Okeylah... en3 kali ni cik Siti nak cite ckit psl kawen pilihan keluarga. Sbb apa? memang kena kat batang idung cik siti. mase tu tempat keje cik siti semua terkejut. yelah... bercinta tak, berkasih pun tak tup tap tup tap dah merisik... cite ni bukan le berlaku zaman 80 an. zaman millenium tu.... mase tu tahun 2001. hish...hish... budak opis cik Siti mase bertanya dengan cik Siti macam cik Siti penyanyi popular. tp yang tak bestnya...ada yang anggap semua ni macam tak masuk akal. 'takkan ko tak ada pak we Ti?" diorang dok tanya. cik Siti gelengle kepale sbb cik Siti memang x pernah bercinta walau pun dah keje. masih takut dengan penangan ibunda yang siarkan ceramah percuma.

tak sangka... yg sebenaunya cik Siti ni memang tak pernah terlintas nak kawen dengan hubby cik Siti. bukan org lain pun... sepupu sepapat cik Siti juge. mak mertua cik Siti pun cik Siti panggil dia mak ngah(sebelum kawen)

nak ceritakan detik-detik cam ne cik Siti kene kawen dengan die? he..he... he... bukan menarik pun... tp cik Siti x kesah sbb dah nama blog cik Siti ni pun Bayu Kenangan....

cite bermula mase cik Siti keje dengan Kedai Telekom (sekarang TMPoint) di melake. ada satu ari ahad cik siti kene keje. jd cik siti pun gi le keje. nampak kete pak mertua nampak mertua terus salam... yelah... nama pun sedare nanti kate x hormat sedare.... tp pelik mase tu hubby cik Siti pun balik. pelik bin ajaib sbb dia ni memang liat nak balik kampung. kalau x raye, keje kawen atau meninggal memang susah nak nampak batang idung die. okyelah.... mungkin dia nak ambik angin kot... tak kisahlah ini kan kampung dia. cik Siti dok bebel sorang-sorang.

balik tu ibunda cik Siti dok ajak gi melake. jd ape lg? takkan nak dok rumah sorang-sorangkan? pegile... balik tu nampak kat rumah tok yah(atuk cik Siti) cam riuh je. cik siti pun buat x tau je. sampailah mak sedare cik Siti dok kate 'tak lame lg makan nasi minyak le kite.' Cik Siti masih buat x tau sbb cik Siti ingat mak sedare Cik Siti yang nak makan nasi minyak.

sampai le malam tu... 2 ari sebelum raye haji... cik Siti tengah dok raut daun kelapa nak buat ketupat dan ibunda cik Siti tanya soalan maut. 'Long, ko dah ade pakwe ke?' pas tu Cik Siti pun jawab le 'sape nakkan anak mak ni? rupa tak de...' merendah dirilah pulak... dan ibunda cik Siti pun jawab.... 'mak ngah tanyakan ko' dengan selamba cik Siti jawab 'la.... apa kene mengene lak mak ngah dengan saye?' bila ibunda cik Siti tanya buat kali kedua wah! lidah Cik Siti dah jadi kelu badan cik Siti pun dah tegak tak bergerak. Cik Siti pandang ibunda. tul ke ni? atau april fool?

statement yang tak leh lupe...'tok yah ko dah suke, nenek dengan nek long pun dah setuju. mak tak kisah. kalau mak lagi suke sebab mak dah kenal dia.' dan ayat yg cik siti tak fikir lama...'suke ati mak le... kalau baik pada mak baikle pada saye...'(statement anak mithali) tapi yg jd persoalan siapa? Cik Siti dok tanya lagi...sebab hubby cik Siti ni semuanya lelaki. cam Cik Siti semuanya pompuan.

'Aris.' hah? musuh ketat cik Siti time kecik-kecik? o... no....

tapi... sekarang dah 7 tahun kawen... mase mule-mule tu tak dapat bayangkan cam ne perasaan cik Siti. Sekarang? Ana sudah anak 3.... he...he...he... ada masanya kawen pilihan keluarga ada manisnye....

2 comments:

  1. bestnya...semoga kekal dan berbahagia hingga ke akhir hayat...amin

    ReplyDelete
  2. Wahhh...ase cam nk kawen gak lah...nk swoh mama carikkan jugaklah...sweet kot bercintas lepas kawen sbb byk nk dkonsikan..wah..wah...wah...

    ReplyDelete

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page