Sayang Anda Semua...

Teratak pena | Thursday, November 06, 2014 | 2 Comments so far
Salam Senyum Semua....

Saja nak ucapkan terima kasih kerana sudi memberikan ucapan dan doa kepada hari kelahiran saya sama ada di wassup, SMS dan juga Face book.  Terima kasih banyak-banyak.  Sayang anda semua.


Untuk semua yang sudi memberikan ucapan untuk saya....

Tak lupa juga kepada Google yang juga ingat dengan saya.... hamba kerdil ini...


Terbang kedidi di sarang tempua,
Burung dijual ditimbang kati,
Terima Kasih diucapkan kepada semua,
Segala doa dan ucapan agar diberkati.

More More and More

Teratak pena | Sunday, November 02, 2014 | 2 Comments so far
Salam bersiaran semua....

Tak sangka Cik Siti bulan oktober adalah bulan paling banyak Cik Siti publish entri dalam blog Cik  Siti untuk sepanjang tahun ni.  Nak menangis ke, nak bangga ke atau nak ketawa?  Erm.... Tak boleh nak cakap apa-apa.  Orang lain beratus-ratus entri tak cakap apa-apa, Cik Siti baru 13 entri dah bangga sakan.

Okeylah tu.... sebab Cik Siti ni bz orangnya.  Macamlah VVIP.  VVIPlah sangat.

Harapan?  Tak boleh nak cakap sombong.  Tapi kena ada azamkan?  Yang penting cuba.  kalau tak cuba tak boleh.  Yakin boleh!  Kalau yakin boleh barulah jumpa dengan KEJAYAAN!

Chaiyok Cik Siti!  Yakin Boleh!


Sayang ku tanam tumbuhnya lalang,
Hajat di hati menanam Melati,
Harapan digenggam kejayaan dijulang,
Yakin boleh segalanya pasti.
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page