Sambutan Hari Jadi di Melia hotel Kuala Lumpur

Siti Norshimah Md Yasan | Sunday, January 11, 2015 |
Selamat Bersiaran Kembali.....

Rasanya dah lama tak coretkan di dalam teratak usang ni.  Usang-usang pun inilah teratak yang paling Cik Siti sayang.  tengok pageview ouch!  jatuh macam nangka busuk kau!

Okeylah.... dalam sibuk-sibuk sempat juga Cik Siti cat teratak Cik Siti ni.  Wa... Cik Siti memang suka belajar.  Cik Siti suka cari yang baru.  Okeylah.  membebel bebel juga.  nak cerita tentang sambutan harijadi untuk semua staff di tempat kerja Cik Siti.  Tak adalah vouge mana.  Itu pun duit yang kita orang kumpul untuk duit kelab yang kita orang kumpul 10.00 setiap bulan.

Al-hamdulillah.... akhirnya berjalan dengan lancar walau pun first time Cik Siti guna groupon.  Puas juga kita orang cari tempat dan hadiah.  Akhirnya berjaya juga.  Kita orang tempah mug yang tertulis nama dan selamat hari lahir kat mug tu.   Dan makan?  kita orang makan kat Melia hotel.  Bertentangan dengan Time Square dan dibelakangnya Low Yatt.  Masing-masing lepas makan semuanya nak berjalan.  Cik Siti?  gi Cheras rumah mertua.  dah lama tak ke sana.

Okeylah... malas nak taip panjang-panjang.  layan jelah gambar tempoh hari....








Kad Jemputan tu hasil keras tangan Cik Siti.  Bolehlah..... bukannya pandai sangat.  Orang dah suruh buat,  Buat jelah....dengan penuh redha dan kurang keyakinan sebenarnya.

Hasil?  memuaskan.  Dengan groupon memang boleh berjimat.  Kalau tak ada diskaun mahu cecah 140.00 kalau dengan groupon 53.00 sahaja.  Untuk setahun sekali.  Lagi pun hasil kumpul duit kelab.  Makan memang cukup puas hati.  Buffetlah katakan.  Ada juga yang Cik Siti tak rasa gara-gara kekeyangan.  Huhuhu....

Anak Pak Malau sakit gigi.Terguling sambil menutup mata,Ada masa berjumpa lagi,Apa yang kurang maaf dipinta

Lepas ni?  Bos dah jerit. Kak Shim!  Family Day bulan 5. Gulp!

No comments:

Post a Comment

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page