Teratak pena | Wednesday, September 09, 2009 | 2 Comments so far
Pohon seduduk si pohon dedalu

tumbuh melata tepi batu

52 musim sudah berlalu

Rakyat Malaysia hidup bersatu


Okeylah.... mungkin dah lama berlalu 31 ogos tapi aku nak kongsi cerita pasal hari kemerdekaan. cite ni ada juga kene mengene. cam ni, dalam dua hari sebelum merdeka. cite pasal pelanggan jugele... adalah satu nyonya ni nak bayar bil. akak penuh dengan SPP ni ucaplah selamat Petang. bila dah habis tu, dia pun dok tanya dengan penuh komfiden.
"amoi, mau tanya ha.... saya mahu penjara... ada ka?"
Berbular biji mata aku. aku yang pekak ke dia ni yang salah cakap?
"Madam mau apa?" Tanya aku sekali lagi. saje nak komfirm.
"tak da.... itu saya mahu penjara boleh tak?" dah sah. ade bende yang tak kene ni....
"Penjara?" aku ulang lagi....
"a.... itu penjara?" kate nyoya tu sambil goyangkan tangan. OOOOOOOOOOOOO.........
"Bendera.... bendera tak adelah madam. ini tahun Telekom takda bagi bendera. tapi stiker 1 Malaysia mahu tak?" aku offer kat dia.
"Mahu tampal mana?"
"Kereta ke, van ke..."
dan last sekali dia cakap "Tak pelah wa tak keleta. wa ada basikal. telima kasih amoi ya."
Nasib baiklah pakai mask. kalau tidak dah tentu dia nampak aku ketawa. pastu tu aku tunduk dan ketawa bagai nak gila... Hish! nasib baiklah aku tak kata penjara tu ada kat Sungai Buloh. kalau tidak dah sah dia terpinga-pinga. Ape pun, penjara ke,bendera ke, kita orang Malaysia.





Bosan..... Bosan....

Teratak pena | Friday, September 04, 2009 | 2 Comments so far
Post kali ni aku nak luahkan perasan....
ape pun layan dulu pantun yang aku nak bagi ni....
Ayam serama si ayam katik,
mencari makan di pohon kelapa,
apa guna wajah cantik,
kalau hati tak secantik rupa....

bila dah layan customer ari2 ada masa nak marah pun ada. tapi bila kenangkan keje... muka senyum, tapi hati marahhhhhhhhh!!!!!!

cite ni terjadi 2 ari lepas. adalah satu(marah punya pasal) pelanggan perempuan tu dia perasan cantik konon. bila aku terangkan yang dia tak boleh cek bil sampai hari tu, dia tak percaya. dia siap jeling lagi... nasib baiklah puasa. kalau tidak dah sah hempuk dia dengan pc. konon dia pergi kaunter lain boleh cek agaknya. last2 info yang aku bagi sama dengan kaunter lagi. padan muka kau. aku bagi tahu tak nak dengar. kau tunggulah satu jam lagi.....

pada hari yang sama.... entahlah. kalau pagi tu dah stress.... sampai ke petanglah jawabnya. yang sorang ni mamat sesat mana agaknya yang perasan handsome. dia suruh aku print bil, aku kata tak boleh sebab aku ni bayar je. kalau nak aku boleh cek dan beri resit. dengan angkat kenang macam ziana zain dia tanya kenapa? aku malas nak layan, aku pun jawablah sistem saya dengan mereka yang sana lain. kalau nak saya beri resit. pastu bila aku minta no phone utk cek sekali lagi dia angkat kening dia. eleh...... macam bagus. itulah manusia. bila lebih sikit je mulalah egonya tinggi melangit.... ari tu memang aku nak marahhhhhhhhhhhh
**hati tengah nak meletup ni......e.....**







 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page