Hari ini dalam sejarah

Teratak pena | Thursday, March 03, 2011 | 3 Comments so far
Ha...ha...ha...Cik Siti gelak besar sikit....
hu....hu...hu... Cik Siti nangis tak berlagu sekejap

hari ini dalam sejarah setelah lama berkhidmat dalam syarikat dah lebih sepuluh musim kalah american idol kat TV tu, inilah kali pertama Cik Siti datang lewat ke pejabat. punch kad Cik Siti hari ni merah. 8.33 pagi. cuma 3 minit je... huhuhu masuk opis Cik Siti dah jadi macam supertstar... Kak Shimah lambat????? dalama sejarah....


nak tahu apa cerita hari ni? Cik Siti tunggu bas macam biasa. pukul 7.15. dah dapat bas tu dok terik nafas lega. tapi... bak kata orang panas tak selalu sampai ke petang. tak sampai suku perjalanan bas Cik Siti rosak. turun le balik menunggukan bas yang seterusnya.

bas seterusnya Cik Siti dapat pukul 7.40 pagi. bas wanita. jalan Cik Siti tengok dah jadi pesta lampu merah. tak bergerak. Cik Siti sempat beri SMS. dalam bas Cik Siti dah macam goyang gerudi inul.... tak tentu arah dibuatnya. kalau tengok jam agaknya lagi le pulak. bukan goyang gerudi, goyang gergasi jawabnya.

Abang driver pulak dah jadi macam agen traffic di Rapid. setiap 2 minit dia beri info. silap hari bulan pokok yang tepi jalan pun sempat dia kira gara-gara kereta yang tak banyak bergerak. tapi tengok abang driver tu cool je... jalan dah jem. nak buat macam mana kan? takkan nak suruh abang driver tu kuak jalan? betul tak? itu penting diri sendiri namanya.


jadi Cik Siti ikut je apa yang akan terjadi. sampai di pejabat Cik Siti tengok pelanggan dah duduk dulu sebelum Cik Siti. dah sah... Cik Siti lambat. memang betul Cik Siti puch lebih waktu yang ditetapkan. Biasanya Cik Siti1ah Orang yang pertama sampai opis....

wa...wa...wa... cukuplah sekali Cik Situ punch lambat. nanti kalau lambat lagi kena tukar kad. kalau lambat lagi kena showcause letter. tak nak....


Note: harap-harap esok Cik Siti tak lewat.

Hebatnya dugaan bertunang...

Teratak pena | Wednesday, March 02, 2011 | 8 Comments so far
Mungkin ramai yang sudah melalui alam pertunangan. kepada sesiapa yang belum tu, jangan risau... masih ada jodoh tu...

Bertunang adalah tanda yang kita telah disunting. masa inilah kenangan manis sebelum kita melangkah ke alam perkahwinan. namun dalam alam pertunangan tidak semestinya lesen utuk kita berbuat sesuka hati. masih ada batasnya.

Orang kata bertunang tu jangan lama-lama sangat. waktu dalam pertunangan adalah penuh dengan halangan dan cubaan. masa inilah tuhan itu nak menduga kita sama ada kita ini setia atau tidak dengan pasangan kita. Tambahan pula mana yang tunangnya berada jauh dari pandangan mata. masa itulah kadang kala cemburu pula yang timbul.

biasanya semasa sebelum tunang tak ada siapa yang berkenan dengan kita. bila dah bertunang tu adalah yang nak mengorat dengan kita. nak ajak kita keluar.. nak berjumpa dengan mak ayah...uh! kuat betul dugaannya.... kalau tak betul-betul dugaan memang boleh patah iman ni.... apa pun kena berpegang kepada yang SATU. kuatkan semangat dan keyakinan diri... insyaallah...tiada apa yang akan terjadi...

kepada yang bertunang dengan pilihan keluarga, tunang pula jauh dimata perasaan takut itu sudah tentu akan ada.. syak wasangka pula yang akan bersilih ganti. betul atau tidak dianya inginkan kita sebagai teman hidup. memang sukar pada zaman kini menerima pilihan keluarga sebagai teman hidup. namun seperti Cik Siti, Cik Siti berpaling kepada bonda Cik Siti. orang dulu-dulu pun kahwin dengan pilihan keluarga. dna mereka bahagia. betul tak?

Cerita tentang Cik Siti adik-adik beradik Cik Siti kebanyakkannya berkahwin dengan pilihan keluarga atau senang cerita bukan dengan pilihan hati.

1)bonda Cik Siti berkahwin dengan pilihan keluarga
2)PakNgah kahwin dengan pilihan sendiri
3)Makuda pulak ada saudara yang jalankan
4)Mak tam cik Siti pun kahwin dengan pilihan keluarga
5)Mak Ita Cik Siti pun kawan yang jalankan
6)Mak Lah Cik Siti pilihan keluarga saudar lak tu
7)Pak Yen pun pilihan kleuarga
8)Pak Man Cik Siti pilihan sendiri
9)Pak usu Cik Siti ni bujang lagi... tak tahulah pilihan keluarga atau pun pilihan sendiri...

Tak kiralah pilihan orang tua ke, kawan ke sendiri ke, mesti pandai jaga diri dan mesti jaga tatatertib semasa dalam bertunang ye....


note: teringat lak detik-detik alam pertunangan
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page