Misi Menyelamatkan Anak Kucing

Teratak pena | Saturday, April 23, 2016 | Be the first to comment!
Selamat bersiaran kembali....

Inilah ibu kucing tu.  Ke hulu ke hilir dia tunggu kita orang selamatkan anak dia


Apa khabar semua?  harap2 sihat semuanya.

Okeylah nak cerita apa yang terjadi hari ni kat opis.  Hari ni beberapa rakan Cik Siti terlibat dalam misi menyelamatkan anak kucing.  Itu pun gara-gara Cik Siti terdengarkan suara halus dari sebalik dinding tempat duduk Cik Siti.

Pagi tu memang ada orang datang servis aircond.  Bila dia orang dah siap, Cik Siti kuncilah suttle dan pintu bilik belakang.  Ingatkan tak ada apa-apa sehinggalah waktu petang tu, Tengah baru nak mulakan tugas (baru selesai seisi Audio Conference) Cik Siti dengar ada bunyi anak kucing.  Tanya juga member kalau-kalau dia ada dengar.

Bila hati dah tak sedap, Cik Siti bukalah pintu.  Menjerit member Cik Siti dengan Cik Siti sendiri terkejut.

"Kak Shim!  ada ada anak kucing dua ekoq" dengan loghat pekat pinangnya.  Cik Siti pun jengah.  tak nampak.  Mungkin dia dah pergi jauh sebab member Cik Siti menjerit tadi.  Antara pintu dengan suttle adalah lebih kurang satu kaki.  Eh.... tak puas hati lagi.  Cik Siti panggil staff lelaki pulak nak minta pindahkan barang yang terselit kat celah-celah tu.

Hai. puas jugalah kita orang pujuk anak kucing tu keluar.  Yang ibunya Cik Siti dah macam tak tentu arah.  Yelah.... anak kot.  Kita pun sayangkan anak.  Binatang pun sayangkan anak.  Dekat setengah jam juga kita keluarkan anak-anak kucing tu.  Yang sekor tu garang ya amat.  Ligat semacam.  Namun Cik Siti menghela nafas lega sebab kedua-dua tu selamat.  Sebab Cik Siti yang kunci pintu tu.  kalaulah dia tak mengiau dan Cik Siti tak terdengar, hai tak tahulah.  Apa pun bersyukur sangat dia selamat.  Yang jadi persoalannya..... Siapakah yang buang kucing kat belakang opis Cik Siti.  Cantik pulak warna bulu kucing tu.

Tengoklah reaksi ibu kucing bila berjumpa dengan anaknya.  

MELODI CINTA Edisi 3: Cerpen Kuih Koci Pulut Hitam

Teratak pena | Sunday, April 17, 2016 | | 2 Comments so far
Kembali lagi Cik Siti di teratak....



Alhamdulillah....

Inilah perkataan yang terbit dari bibir Cik Siti bila mendapat email dari pihak Karya Seni bulan Januari hari tu. Memang memang memang Cik Siti tak sangka dari beribu-ribu cerpen yang diterbitkan di dalam website Penulisan2U cerpen Cik Siti telah melepasi seisi penilaian. Bila dikatakan cerpen Cik Siti bakal diterbitkan bagaikan bulan jatu keriba.  Mungkin inilah rezeki yang telah diberikan oleh Allah.

Buku ini boleh diperolehi pada Pesta Buku Antarabangsa 2016  yang akan berlangsung selama 2 minggu bermula 29 April 2016.  Buku ini boleh dibeli dengan harga promosi RM 16.00 sebuah. Kepada yang berminat dengan antologi cerpen bolehlah dapatkan sebuah.  Hai..... tak sabarnya nak baca buku antologi ni.  Okey, jom layan sedikit coretan dari cerpen KUIH KOCI PULUT HITAM hasil tulis Cik Siti.

            “Saya ni hantu kuih koci.  Tambah lagi kuih koci pulut ni.  Yang lain tak berapa sangat.  Tapi…. Tak apalah.  Bungkuskan saya talam berlauk tu seringgit.  Tak pernah pula saya makan kuih ni.”  Riang sahaja Ihsan menyambutnya.            “Eh, kau ingat makan kuih koci macam makan nasi ke Ihsan.  Banyak sangat ni. Aku tahulah kau suka dengan kuih ni tapi takkan banyak macam ni.” Tegur Rahim.            “Jangan risaulah.  Aku boleh habiskan. Betul tak Kasih?”  Kasih tersentak.  Wajah Kasih berubah.  Pertanyaan Ihsan tidak dijawab.            “Kasih?” Kasih tersentak.
            Ihsan memandang kepada Kasih.  Perubahan wajah Kasih itu benar-benar memberikan tanda tanya buat dirinya.  Tiba-tiba dia bertanya kepada dirinya sendiri.  Ah, adakah tersalah cakap atau kurang ajar perilakunya sehingga menyebabkan Kasih yang rasa gelisah?  


Cik Siti amat berterima kasih kepada pihak Penulisan2U dan Karya Seni kerana sudi memberi peluang kepada Cik Siti menjadikan salah seorang penulis di dalam Antologi Cepern MELODI CINTA edisi 3.  Diharap ianya menjadi pemangkin kepada Cik Siti untuk terus berkarya.  Dan tak lupa juga kepada bonda Cik Siti Puan Hasinah Hamzah, Cik Abang Mohd Aris Nasir, adinda-adinda Cik Siti Nahdatul Izah dan Nurul Shidah serta putera dan puteri Cik Siti yang begitu memahami Cik Siti.
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page