karya dan aku......

Teratak pena | Friday, July 31, 2009 | 1 Comments
semalam (30 julai 2009) aku pergi jenguk dalam post box kalau ada surat. bila tengok envelope dari Dewan Bahasa dan Pustaka aku dok pikir balik. bila rasa cam keras je aku dah agak mesti majalah. bila aku buka buku Tunas Cipta yang aku pegang macam pernah aku dengar. bila aku selak, aku tengok macam aku pernah tengok sajak ni. Weiiiii..... sajak aku masuk dalam majalah DBP. Bayu Kenangan, PJ selangor. berkali-kali aku baca sajak tu. yang pasti aku bangga sebab DBP tu...... salah satu pusat bahasa yang terkenal kat Malaysia. yang pasti apa yang aku dapat semalam adalah salah satu kepuasan dan ini membuatkan aku rasa cam nak terus berkarya.

aku memang minat dengan bidang penulisan ni. sesungguhnya dia memberikan aku kepuasan.

yang pasti nanti aku akan ceritakan tentang novel pertama aku lak ye. dah published tapi royalti la ni masih tak dapat lagi..... sedih, kan.
Jom layan sajak yang aku antar ari tu......

KEMENANGAN

Kemenangan
Bukannya terletak dari kekuatan
Namun terletaknya dari akal fikiran
Kebijaksanaan
Bukannya terletak dari akal fikiran
Namun terletaknya dari minda yang sempurna
Kesungguhan
Bukannya terletak dari minda yang sempurna
Namun terletak dari hati dan naluri
Kesabaran
Bukannya terletak dari hati dan naluri
Namun terletaknya dari keimanan yang hakiki

Dan untuk mencapai hanya sebutir kemenangan
Keimanan walau seluas lautan
Belum tentu akan dapat digapai
Walau pun hanya bias kemenangan yang dicapai
Bersyukurlah kerana ianya umpama kemenangan
Yang datang dari keikhlasan yang tiada tandingnya



*inilah sajak yang keluar dalam majalah tu*

isk isk bangga lak......

mc....mc......

Teratak pena | Tuesday, July 28, 2009 | 1 Comments
so sorry coz dah lama tak updated blog ni. bukan apa, sekarang ni pun masih lagi tak sihat 100%. minggu lepas je aku MC dua hari. aku tak minta, tapi doktor yang bagi. dia kata takut aku bawa penyakit kat kawan. hu...hu.... satu minggu tu lah aku tak lalu nak makan. hidung tersumbat, batuk pun macam nak semput. pas tu pulak anak aku yang kecik pulak yang berjangkit. akhirnya aku dua beranak terbaring pada hari rabu tu(Mase tu aku ambik urgent leave) sebab anak tak sihat. aku naik kerja hari jumaat. la ni selesema aku masih lagi tak baik. sorry ye. bukan H1N1. aku kat temapt kerja pakai Mask tau.
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page