Lebaran 2009 acara kemuncak

Teratak pena | Monday, September 21, 2009 | 1 Comments
kuih bangkit penuh bersira,
dililit mari bunga kesuma,
Aidilfitri masa bergembira,
Kenangan manis disimpan bersama

Okeylah, arie dah masuk 2 syawal dan aku gembira bila bersama-sama keluarga dan sanak-saudara. Bila dah reramai ni maka sebelum kembali ke kota malam pada 2 syawal tu, seisi salasilah Haji Hamzah Bin Awit pun melaksanakan acara kemuncak iaitu 'Malam Bersama Ikan Bakar Penuh Hikmah' Makkkk e.... panjangnya tajuk. apa-apa pun jom layan apa yang berlaku masa malam tu.....



Inilah muka wanted yang masih inginlepaskan diri disaat memerlukan ehsan simpati dari yang berkenaan. kita lihat mengapa ada segelintir sanggup memenjarakan sehingga ia sanggup memanti di tingkap harapan....
Adakah kerana anak gadis yang sedang menantikan peminangan atau?????


Kanak-kanak yang tidak menghiraukannye? apa yang telah cik Siti siasat rupa-rupanya...



Itulah buah hati pengarang jantung yang mana muka-muka wanted di atas tu sanggup untuk melakukan apa saja asal dapat keluar.... kita lihat wajah-wajah krew yang teribat di dalam acara ini pulak ye.....
krew utama yang perasan rajin... En Mohd Fadil a.k.a Pak Dih memerangkap pelakon utama pada malam itu..... sedang membakar 'Ikan Kerapu Bakar Merapu' (Ciptaan sendiri dengan resepi hanya ikan dan garam je....)




Pak Ndak dan Pak Dih memastikan ikan dan sosej dibakar dengan secukup rase....

Lihatlah wajah gembira Mak sedare cik Siti ni.... al-maklumlah tahun lepas beraya dihospital. tahun ni nak balas dendam ye.... apa pun jangan lupa orang yang sedang sengsara. tingkap harapan masih belum dapat dibolos.... nampaknya mereka sedang bersedih (lihat gambar di atas)


Inilah dia hidangan yang menjadi rebutan malam tu.... Ketam Bersusun Tiga Generasi isinya yang manis membuatkan hidangan yang paling hangat dan sensasi


Ini pulak hidangan yang menjadi rebutan kanak-kanak pada malam Itu.... Sosej Bakar Nak Tak Nak, Sotong Bakar Lemah Lesu dan Ayam Bakar Upin Dan Ipin.

Inilah dia side dishes malam tu Nasi Lemak Mak Mertua Lalu Tak Nampak. Cik Siti malam tu rembat 2 bungkus walau pun perut tengah tak sedap..... isk...isk....


Inilah hasil daripada air tangan Pak Dih aku dan beberapa krew yang bertungkus-lumus termasuklah my hubby...Ikan Kerapu Bakar Merapu yang membuatkan muka-muka wanted tu cuma dapat kulit dan tulang......lapar



Inilah masa bersama untuk menikmati hidangan hasil penat lelah sejak petang...... bersama anak menantu, cucu cicit En Haji Hamzah bin Awit semuanya duduk berkumpul bersama..... cuma yang tak ada ari tu Pak Man cik Siti yang masih lagi beraya di rumah mertua.

Seperti tahun-tahun lepas, inilah projek yang mesti diadakan setiap tahun. Insyaallah tahun depan kita projek ini tetap akan diteruskan. Amin....

wah! dah panjang lebar cik Siti ni membebel. nanti jemu pulak. okeylah jumpa lagi dilain post. ape-ape pun cik Siti nak ucapkan :


SELAMAT HARI RAYA.......

Teratak pena | Monday, September 14, 2009 | 1 Comments

Daun semalu tumbuh melata,
Beriring sama pohon pedada,
Ramadhan hampir meninggalkan kita,






Usah lupakan kepada yang tiada






Okeylah, post kali ni nak ceritakan pasal jamuan berbuka puasa TMPOINT KEPONG yang bertempat di Hotel Singgahsana PJ, selangor bertarikh 12 September ari tu......






Apa-apa hal pun layan jelah gambar kat bawah ni ye.





kebetulan ari tu pulak ada program pelancaran album dan tribute untuk arwah ustaz Asri (Kumpulan Rabanni) so ramailah umat ari tu, ada wartawan, media, yang pasti gempak gitu.



al-fatihah buatUstaz Asri........





masing-masing dok pikir berapa nak bagi duit raya... adikk Syuk selongkar beg kalau ada baki duit raya tahun lepas. Najib dok seluk poket dan ready nak bagi. K-Rol lak nyorok tak nak bagi. si Wid tu tengah tunggu sponsor.....
memasing tak sabar nak masuk ke dalam hotel.... mana tak? jam dah dekat kul 7






Tengoklah meja bebudak bujang ni..... penuh dengan makanan. diorang ni makan ke apa? apa-apa pun kat sana macam-macam ada kat sana. yang pelik, meja mereka penuh tapi bila pukul 730 pinggan kosong pulak yang bersusun.



Yang sebenarnya banyak lagi gambar yang aku nak kongsikan kat korang. tapi tak sempat nak updated. nanti kalau aku balik dari kampung kalau ada masa aku updated lagi. ape-ape hal aku nak ucapkan:



selamat hari raya maaf zahir dan batin














 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page