Betapa Indah Lirik Lagu Melayu

Teratak pena | Sunday, January 30, 2011 | 3 Comments so far
Cik Siti walau pun lahir selepas kemerdekaan sekitar tahun 70'an namun lagu-lagu melayu memang Cik Siti suka dengar melodinya yang mendayu ditambah dengan liriknya yang begitu indah. Cik Siti tak segan kalau kawan-kawan gelakkan kalau Cik Siti dengar lagu melayu lama. Siapa lagi kalau bukan kita sendiri yang mertabatkan lagu-lagu melayu lama.

Bak Kata Tak Lapuk Dek Hujan Tak Lekang Dek Panas.....

Lagu melayu lama adalah martabat bangsa kita. Peliharalah dari ditelan zaman. walau pop, rock, rap menjadi kegilaan hari ini lagu-lagu lama tidak boleh kita lupakan....

Apa pun lihatlah, pandanglah, selamilah, dengarlah betapa indahnya lagu dan lirik ini...


Lirik Lagu Tanya Sama Hati - P.Ramlee

Tanya pada pokok apa sebab goyang,
Nanti jawab pokok angin yang goncang,
Tanya sama langit apa sebab hujan,
Nanti jawab langit tanyalah awan.

Awan nanti kata aku kandung air,
Sampai tempat sejuk aku pun cair,
Tengok dalam air nampak bayang-bayang,
Campak satu batu bayang pun hilang.

Tanya sama hati apa rasa sayang,
Adakah tandanya nampak dipandang,
Kumbang rayu bunga bulan dan bintangnya,
Punya tanda-tanda hubungan mesra.

Tanya sama hati pernahkah merindu,
Tiba masa lena apa mimpimu,
Masa berjauhan apa nan dikenang,
Bila difahamkan itulah sayang.

Jikalau tidak kerana sayang,
Kuntuman kasih tak mungkin kembang,
Andainya jemu mengganti rindu,
Jambangan mesra tentulah layu.

Tanya sama hati pernahkah merindu,
Tiba masa lena apa mimpimu,
Masa berjauhan apa nan dikenang,
Bila difahamkan itulah sayang.



dan juga lagu ini....

Gurindam Jiwa

Tuailah padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intailah kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Anak cina pasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Jati
Di dalam hati tidak ku lupa
Sebagai rambut bersimpul mati

Batang selasih permainan budak
Daun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun kembali juga

Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman

Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan

Kalau tuan mudik ke hulu
Carikan saya bunga kemboja
Kalau tuan mati dahulu
Nantikan saya di pintu syurga


Anak Cina

Teratak pena | Sunday, January 30, 2011 | 3 Comments so far

Pernah tak orang bertanya "Anak awak ke ni?" ??? blur juga kalau orang tanya macam tu. Inilah yang Cik Siti nak cite. Pasal anak Cik Siti yang bongsu. Nama Nabilah berumur 3 tahun.

Cerita terjadi pada tahun lepas masa Cik Siti shopping kat Giant Kota Damansara. Nak jadikan cerita Cik Abang dok pergi temujanji dengan Cik Tan(Toilet). Tinggallah Cik Siti dengan anak-anak yang bersenauk(Orang melaka kata bising).

kemudian datang seorang promoter kat Cik Siti dan memperkenalkan barangnya. Cik Siti pun dengan lembut kata "TAK NAK".

dia tanya lagi.... "Kak, nak tanya sikit boleh tak?"
"Apa dia?"
"Ini anak akak ke?" Cik Siti blur sekejap. Cik Siti pandang muka anak Cik siti. yelah mana tahu anak orang pulak yang duduk dalam troli.
"Ye... ini anak akak. kenapa?"
"O.... ingatkan akak jaga anak cina. muka dia memang macam cina."
"Ye ke?" Dalam hati Cik Siti dok urut dada. sembilan bulan tu mengandungkan dia.
"Ayah dia cina ke kak?"
"Tak adalah. ayah dia melayu."
"Maaflah kak. mati-mati saya ingat akak jaga anak cina."
"Tak pe.... bukan adik sorang je yang cakap. okeylah...akak balik dulu ye..." Cik Siti berlalu dan tersenyum. memamg ramai dok usya anak Cik Siti yang sorang ni.


Tak tahu macam mana acuannya. tapi muka tu ada le ikut Cik Siti. Mungkin terkenan dengan telatah pelanggan cina di opis Cik Siti.... ermmmm Nabila.... Nabila....

Note: Pelanggan di Kepong 99% cina. mahu tidak muka tu ikut muka cina
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page