Tutorial Photoshop : Banner Assalamualaikum / Selamat Datang

Teratak pena | Tuesday, October 21, 2014 | 2 Comments so far
Bertemu Kembali...

Hari tu Cik Siti dah berjanji kan nak buat tutorial photoshop berkenaan banner Assalamualaikum/ Selamat datang di setiap post.  Hari tu tutorial nak selitkan, dan sekarang nak buat sendiri banner tu.  

Okey,  yang sebenarnya nak menaip terasa malas pulak.  Layan jelah step by step dia yek













Diharap boleh membantu.  Lagi pun seperti apa yang Cik Siti nak kata Cik Siti tak ada pembelajaran formal dalam adobe photoshop ni.  Cuma belajar sendiri.  Try and error.  

Kalau ada salah minta maaf sesangat ye...

Sampai bertemu lagi.  

Jalan beriring bersama teman,
Di dalam kota ingin jelajah,
Ilmu yang ada cuma sekuman,
Untuk dikumpul menjadi gajah.

Cik Siti dan Pantun

Teratak pena | Friday, October 17, 2014 | 3 Comments so far

Selamat Bertemu Kembali...

Cik Siti dan Pantun...

Cik Siti kan orang Melaka.  Mesti suka berpantun punye meh...

Nak kongsi cite sikit.  Kenagan yang tak boleh Cik Siti lupakan....

Suara Cik Siti pernah keluar di radio Sinar FM.  Ala.... bukan lama pun.  Tak sampai dua minit pun... hehehe... Bukan untuk tujukan lagu, tapi Cik Siti pernah mendeklamasikan sajak sempena hari ibu dan pantun sempena hari kemerdekaan yang ke 50.

Dok selak email dulu-dulu terjumpa lak email dari Sinar FM tu, Pantun sempena hari kemerdekaan.  Bangga kembang kempis hidung Cik Siti.  Bukan senang.

Inilah antara pantun tu:

Tanah Malaysia negara indah,
Kuasa penjajah sudahlah runtuh,
50 musim berlalu sudah,
Semangat perjuangan pastikan utuh.

Tokoh perjuangan, tokoh kemerdekaan,
Membentuk, menjana negara maju,
Keazaman, perpaduan pemangkin kejayaan,
Untuk anak generasi baru.


Inilah e-mail dia yang Cik Siti katakan tu... Huhuhu... simpan lagi tu....
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page