Cik Siti dan Pantun

Siti Norshimah Md Yasan | Friday, October 17, 2014 |

Selamat Bertemu Kembali...

Cik Siti dan Pantun...

Cik Siti kan orang Melaka.  Mesti suka berpantun punye meh...

Nak kongsi cite sikit.  Kenagan yang tak boleh Cik Siti lupakan....

Suara Cik Siti pernah keluar di radio Sinar FM.  Ala.... bukan lama pun.  Tak sampai dua minit pun... hehehe... Bukan untuk tujukan lagu, tapi Cik Siti pernah mendeklamasikan sajak sempena hari ibu dan pantun sempena hari kemerdekaan yang ke 50.

Dok selak email dulu-dulu terjumpa lak email dari Sinar FM tu, Pantun sempena hari kemerdekaan.  Bangga kembang kempis hidung Cik Siti.  Bukan senang.

Inilah antara pantun tu:

Tanah Malaysia negara indah,
Kuasa penjajah sudahlah runtuh,
50 musim berlalu sudah,
Semangat perjuangan pastikan utuh.

Tokoh perjuangan, tokoh kemerdekaan,
Membentuk, menjana negara maju,
Keazaman, perpaduan pemangkin kejayaan,
Untuk anak generasi baru.


Inilah e-mail dia yang Cik Siti katakan tu... Huhuhu... simpan lagi tu....

3 comments:

  1. Sambil berjalan sambil berlari,
    Terasa penat berehat dahulu;
    Kita berpantun berhibur hati,
    Semai semangat menabur rindu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bunga anggerik indah di taman,
      Bunga anggerik di tepi papan,
      Takkan pantun lapuk dek zaman,
      Hanya kita pendukung harapan.

      Delete
  2. Huhu..seronok Sgt kan dpt dgr suara sendiri kt radio..

    ReplyDelete

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page