Family Day TMpoint Kepong Primaland Port Dickson

Siti Norshimah Md Yasan | Friday, October 24, 2014 |

Selamat bertemu semua...

Yang sebenarnya cerita dah basi sangat dah.  Baru sekarang nak updated cerita pasal Family Day opis Cik Siti.

Pada tanggal 30-31 Ogos pihak TMpoint Kepong dah ambil keputusan untuk mengadakan Family Day 2014 yang berlangsung di Primaland Port Dickson yang dulu juga dikenali sebagai Tiara Beach Resort.

Setiap perancangan mesti ada orang kuat, kan?

Pengerusi dia mestilah bos... Hait!  Puan Wani

Yang jadi ke hulu kehilir ni... Muka Cik Siti yang tak beberapa comel.  Sambil di sokong oleh ramai teman dan sahabat.

Cik Siti yang kerja deal dengan hotel.... bantuan dari Hanim....

Cik Siti yang kerja mengumpul segala dana dan menguruskan kewangan.  Bukan senang kerja ni....

Masa tu selagi tak sampai masa Family Day Cik Siti tak lena tidur.  Yelah... takut kalau ianya berjalan tidak seperti di rancangkan.

Memang ada.  Yelah.... kita merancang dan segalanya bergantung kepada nasib, ye tak?

Beberapa teman yang tidak berpuas hati dengan bilik yang masih belum berkemas semasa check in.

Dan juga game yang sepatutnya berlangsung pada hari sabtu tu terpaksa ditunda pada hari ahad kerana masih ramai lagi yang tak sampai gara-gara jalan jammed.

Cik Siti yang bertolak pada pukul 10.30 pun sampai pukul 2.30 petang.  Tapi sampai sana sempat juga Cik Siti mengagihkan bilik dan tag masuk ke taman tema sebelum mereka sampai.

Hari Sabtu 30 Ogos 2014

Game show yang sepatutnya pada hari sabtu terpaksa ditunda kerana ramai yang belum sampai lagi.  Merayu dengan pihak hotel kalau boleh pinda.  Nasib baik keesokkannya tak ada orang booking.  kalau tidak memang melepaslah kita orang.

Malam tu kita orang ambil keputusan ke pantai untuk acara bakar membakar.  Memang senak kita orang makan.  Ayam bakar, kambing bakar, satay, otak-otak, dan yang best kita orang tak sempat nak bakar daging burger sebab kekeyangan dan anak-anak dan mula letih.




Sampai hotel dah pukul 12 t/malam.  Esok lagi-pagi dah bangun untuk game.  pukul 8.30 kena ada dekat kolam.  sebab game mula pukul 9.00 pagi.

Ahad- 31 ogos 2014

Pagi tu pukul lapan kita orang berkumpul di medan letak kereta untuk sarapan pagi.  Terima kasih Hamdan, Akmal dan Ejoy yang menjadi runner pagi tu untuk belikan sarapan.

Selesai sarapan kita orang terus ke kolam untuk acara game.  Yang ini Cik Siti selitkan gambarlah ye.

Antara Game yang kita orang main:

1. Charlie Chaplin
2. Belon Air
3. Phua Chu Kang
4. Puzzle
5. Tarik Tali



Ok zoom gambar game yang sempat di snap oleh Amie.... TQ Amie jadi photographer kami.



Yang ini Game Charlie Chaplin.  Game yang paling lucu.  Kena pakai kain pelikat, selitkan bola di celah kelangkang dan pegang papan tanda tu.  




Yang ini game belon air.  kena passing jangan sampai belon pecah. Game ni group Cik Siti menang.  Yang sedih Cik Siti dengan Cik Abang kena pisah.  Huhuhu tak adil langsung!  Group Cik Siti yang bawah tu....

Yang ini game Phu Chu Kang.

Caranya kena celup kaki dalam air menggunakan boot kuning tu.  pastu masukan ait dalam baldi.  Yang ni group satu menang.  Sebab kita orang main tipu.... Hahaha...
Muka-muka yang tak sabar nak main game yang seterusnya.  Game puzzle tak ada gambar nak capture.  Agaknya si Amie tu sibuk main air.  Yelah.... orang lain main air.  Takkan nak tengok je kan?  Okey Amie... Akak faham...
Yang ini acara kemuncak.  Acara tarik tali.  Yang ini.... Entah kumpulan mana yang pun Cik Siti tak perasan.  Sebab yang pasti kita orang yang last sekali... Hahaha.... Kita dah kalah kita orang pergi mandilah.... oleh sebab kalah, Cik Siti tempelkan gambar group Cik Siti.  Hehehe..
Yang ni group Satu.  Group Cik Abang.  

Yang ni group 2


Walau bagaimana pun memang kita orang seronok hari tu.  Cover untuk hari sabtu.  Setiap majlis dan acara tidak semestinya sempurna, ye tak?  

Minta maaf kepada semua yang ada rasa tidak puas hati dengan perjalanan Family Day hari tu.  Mana yang baik datangnya dari DIA dan yang buruk datangnya dari saya.  

Okey... dah panjang lebar dah ni.... 

Sedia berjumpa lagi....

Adios...

Kalau ada sumur di ladang,
Bolehlah saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Ada rezeki kita berjumpa lagi....



2 comments:

  1. tahniah kerana berjaya anjurkan aktiviti seperti ini
    kita hanya merancang
    memang tak boleh nak puaskan hati semua orang

    ReplyDelete
    Replies
    1. En Tehr: memang betul... walau bagaimana pun saya bersyukur ianya berjalan dengan lancar

      Delete

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page