Tanjung Bidara Beach Resort yang BEST! - 1

Siti Norshimah Md Yasan | Friday, October 31, 2014 |


Bertemu Kembali....

25.10.2014 lepas Cik Siti dan keluarga serta bonda Cik Siti pergi bercuti merehatkan badan dan minda.  ala.... bukan ke mana pun di Melaka.  Tanjung Bidara Beach resort.  Mula-mula bonda Cik Siti gelak sakan.  Ala.... tak pernah pernah pergi pun resort tu.  Nak berkumpul sama-sama katanya...

Pada mulannya nak ke Sungkai Hot Spring.... Tapi apakan daya penuh pulak.  Akhirnya Cik Siti main terjah je booking kat Tanjung Bidara Beach Resort tu.  Lagi pun bonda Cik Siti senang nak pergi.

Cik Siti booking bulan Ogos hari tu dan bayar deposit 100. Seminggu sebelum pergi tu Cik Siti call semula untuk pastikan nama Cik Siti ada dalam list untuk 25.10.2014 nanti. Jom tengok list untuk harga bilik dan Chalet di Tanjung Bidara Beach Resort.  Chalet yang Cik Siti booking tu harganya RM 452.00 termasuk sarapan pagi untuk 6 orang.  kalau tambahan orang RM 15.00 untuk dewasa dan RM 10.00 untuk kanak-kanak.  Makan?  berbaloi-baloi....

Hari yang dinanti telah tiba.  Cik Siti dari KL jam 10.00 pagi.  Ambik dinda Cik Siti si Cik Nurul maka bertolaklah kami.... Ingatkan sampai lambat, tapi pukul dekat pukul satu kita orang dah terpacak kat depan resort tu.... Sedangkan Check in kul 3.00. Hah, ambik kau.

                           Kolam yang mengadap laut.... Tenang je....

Nak buat apa?  ala.... apa lagi, makan tengaharilah. lepas tu duduk dekat pantai bawah pondok sambil hirup udara segar.

Pukul dua macam tu dok muka kesian konon boleh check in.  Tapi tak harapan.... Sebab dia kata Chalet makan masa untuk mengemas.  Yelah... lagi pun check in pun pukul 3.00 Kita orang ni yang sampai awal sangat.

Pukul 2.30 petang kita orang dapat kunci untuk chalet kami.  Yang best Chalet Cik Siti mengadap laut.  Saja je pilih mengadap laut.  Nak tenangkan fikiran katanya.  Tapi chalet yang mengadap laut kena bayar lebih.

                                           Inilah chalet tu.... Nampak kecik kan?  tapi boleh ada 3 bilik.  Satu bilik besar, satu sedehana dan satu lagi kecil yang muat untuk 2 katil bujang.

Memang terkejut Cik Siti bila masuk dalan Chalet tu.  Luar nampak kecik tapi.... ada tiga bilik! dua bilik air dan juga ruang tamu.  Berlantaikan kayu memang Cik Siti berpuas hati.  Ada anjung dan juga parking untuk kereta.  Ada wifi free dan TV flat screen okey!

     Yang ni ruang tamu yang lantainya 100% kayu.  Anak-anak Cik Siti dok ulang-alik sebab nak dengar bunyi kayu tu... sronok sakan dia.  Mana tak?  lantai kat rumah batu.  Tak ada bunyi....


Siap ada anjung dan parking kereta lagi.


Yang belakang tu bilik paling besar.  Yang tengah kecil dan yang depan bilik sedang besar.



Cafe Tanjung Bidara Beach Resort 

Macam biasalah aktiviti mandi-manda petang tu.... dan anak-anak ulang alik mandi kolam dan pantai.  Bukan jauh pun.  Lagi pun boleh perhatikan dia orang tu.  Sambil tu tengok matahari terbenam....Subhanaallah....


Anak-anak Cik Siti yang gembira bermain dengan mak sedare.....

Seronok punya seronok jom layan  Tanjung Bidara Beach Resort yang BEST! - 2

No comments:

Post a Comment

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page