Rapid Bas

Siti Norshimah Md Yasan | Sunday, October 12, 2014 |

Selamat Cik Siti...

Pengenalan untuk diri sendiri... huhuhu...

Dah lama sangat tak coretkan sesuatu kat sini.  Teratak yang sering tidak berpenghuni.

Ini adalah entry kering kontang.  Namun rasanya mungkin ada sesetengah yang boleh memberikan inspirasi... Walaweh.... ayat tak menahan.

Hari-hari Cik Siti naik bas.  Cik Siti suka naik bas Rapid.  Kenapa?  Mehlah Cik Siti nak kongsi sikit.

Yang pertama Bas Rapid ni ada bas untuk bas wanita.  Biasanya waktu pagi.  Mana yang berjantina lelaki..... no...no...no.... kalau naik memang kena halau punye.

Yang kedua, kalau di waktu-waktu puncak kepada pemegang kad rapid atau touch and go dapat rebate lagi.  Cik Siti dah buat calculate.

Bayangkan, Cik Siti gi kerja kalau naik bas metro atau tanpa TNG pergi singgit, balik singgit. Kalau pakai TNG pergi 0.80 balik 0.80.  Memang nampak sikit.  Tapi kalau dikira satu bulan?  Setahun?

Tanpa TNG
1+1=2 (satu hari)
2x25(hari bekerja sebulan)= 50.00
50x12(setahun)= 600.00

Kalau TNG
0.80+0.80= 1.60
1.60x25= 40.00
40x12 =480.00

Untung Cik Siti = 120.00

Kalaulah naik kereta?  Menangis...

Katakan satu hari 10.00 hinggit
10 x 25 sebulan= 250.00
250 x 12 =3,000.00

3,000.00 - TNG Rapid 480.00 = 2520.00

Untung ko!

Tak yah nak fikir parking.  Jalan jem bukan kita yang penat.  Tapi memang berbaloi kalau guna TNG rapid ni.  Kalau pergi krusus pun Cik Siti akan guna TNG bila naik tren.  Tak payah nak beratur beli tiket.

Tapi... Terpulang kepada individu.  Ada yang merasakan dengan menaiki kenderaan sendiri boleh bergerak bebas.  Tapi... Cik Siti lebih suka dengan pengangkutan awam.

1 comment:

  1. terpaksa naik kenderaan sendiri
    kalu naik bas mungkin kena turun sebelum subuh
    padahal dengan kereta hanya 15 minit je
    nasib nasib

    ReplyDelete

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page