Akhirnya.... Cik Siti dilepaskan

Teratak pena | Thursday, February 07, 2013 |
Selamat Semua,

Rindu sangat untuk conteng dalam teratak yang tak seberapa ni. Eh, janganlah terkejut dengan tajuk kat atas tu. Korang ni kan.... jangan salah sangka.  tiada kena mengena dengan kehidupan peribadi itu hanyalah ilusi dan hanya untuk kerjaya Cik Siti sahaja.

Setelah hampir 6 bulan Cik Siti menjawat 2 jawatan, dan adakala 3 kerja yang kena buat akhirnya kerja lama yang Cik Siti sandang 7 tahun telah dilepaskan. Boss dah buat keputusan. 2 bulan lamanya(yang sebenarnya dia cuti bersalin) dia ambil keputusan nak lepaskan jawatan Cik Siti yang lama. Cik Siti tak mampu nak buat jawat 2 jawatan.  Nanti kata gila pulak. Ha...ha...ha... yang sebenarnya, memang tak larat.  sebab itu yang blog Cik Siti pun dah macam tak terurus lak.

Bos kata nak lepaskan Cik Siti dengan jawatan lama dia sayang, nak lepaskan jawatan baru ni pun dia sayang. Akhirnya dia buat keputusan....

"Kak Shim, saya lepaskan Kak Shim dari jawatan Pembantu Ketua Hasil dan saya kekalkan Kak Shim dalam Admin."

Jadi... kini Cik Siti sudah kekal di Admin.... Jadi PA Bosss......Hehehe....

6 comments:

  1. Memang stress kalau kena buat 3 kerja dalam satu masa. Pernah gak kena macam ni. Tapi bos jawab, nak bagi pengalaman free. Dari situlah tau buat macam-macam kerja.. huhu. Sabar jerlah

    ReplyDelete
  2. setiap pekerjaan ada cabaranya....perlukan cabaran untuk hadapi semua itu

    p/s: entri terkini 'mengapa sabar separuh daripada iman'

    ReplyDelete
  3. molek sangat tu
    bagi orang lain cari ilmu dan pelamanan pula
    dan bagi kita rehat sikit
    hehe

    ReplyDelete
  4. seksanya lah kalau ada 2 kerja dalam satu masa..tak tercapai dek tangan..hehehe

    ReplyDelete
  5. Salam manis Cik CT.. :)

    Tak tercapai akalmu...kalau nak ikut macam peribahasa sambil menyelam sambil minum air...memang tangan akan cair...

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum


    walau apa pun kerjaya yang disandang anggaplah ia satu rezeki buat kita..Tahniah dari che ct juga :)

    ReplyDelete

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page