Kenangan Lalu...

Teratak pena | Sunday, December 08, 2013 |


Bila sampai je cuti sekolah tetiba teringat lak cerita-cerita yang pernah ditinggalkan di bangku sekolah.  Lagi lama ditinggalkan lagi rindu le pulak. Banyak cerita yang kita tinggalkan dari bangku sekolah. Ada cerita sedih, gembira, suam-suam kuku, dan juga cerita-cerita seram yang terutamanya mana yang duduk diasrama.  Tapi kadang-kala bukan hantu yang kita takut. Tapi semuanya kawan-kawan sendiri yang menakutkan kita.

Yang sebenarnya ada dua senario (amboi... formal le sangat) yang sampai sekarang Cik Siti yang tidak pernah lupakan.  Bila dah ramai satu kelas tu, kalau ada 30 orang 30 le perangainya.  yang baik, baik.  Yang nakal, nakal.  Kesian cikgu yang mengajar.  Mahu tercabut anak tekak menjerit. Hehehe...

Okey, berbalik dengan cerita yang nak dikongsi rasanya ramai yang terkena dan rasanya ramai yang ambil bahagian dengan 'acara' yang Cik Siti nak kongsikan cerita ni.

Yang pertama 'hot chair'.  Ini memang yang paling popular.  Letakkan minyak cap kapak banyak-banyak pas tu tunggu mangsa menjerit kepanasan.  Dan yang ini selalu sahaja Cik Siti terkena.  Nak tunjuk tak tahu sapa.  biasanya lepas waktu rehat.  Kadang-kala bukan seorang yang kena, mahu lebih dari 3 orang.  Punyalah panas.  mula-mula duduk tu bila dah rasa penangannya, wajah tak tahu nak cakap apa.  Dah macam ayam berak kapur je.  Bukan sekali dua yang kena, tapi bahkan masa di Maktab Adabi pun Cik Siti selalu kena.

Yang kedua yang sampai sekarang Cik Siti tak boleh lupakan dan gurauan yang melampau masa Cik Siti tingkatan dua.  Memang tak suka dengan waktu Pendidikan seni.  Tambahan kena bawa water colour.  pernah sekali masa tu waktu seni dan masa nak basuh alatan seni tu bila balik dan duduk tetiba je rasa basah.  Dah basah tu satu hal.  Bila tengok campuran water colour merah! benci!!!!!!!!!!!!!!! sapa yang buat ni? Wa!!!!!!! menangis juga kena tu.  Macam mana nak balik ni?  memang nakal sapa yang buat tu! Nak tak nak menjerit juga.  Tengok member macam nak terkam je.  Tapi nak tuduh sembarangan tak boleh.  Air mata dah tak boleh nak tahan.  Cik Siti rasa dia buat macam tu bukan dia nak dendam dengan Cik Siti, tapi dia suka dengan Cik Siti, kan?  Sebab dia nak minta perhatian.  Betuk tak?

Sebab apa?  Cik Siti teringat masa kecik dulu Cik Abang suka lontarkan mercun katak kat kita.  Kita tahu.... dia suka dengan kita...... sebab itu dia masuk meminang, kan bang? Hahaha.... (gelak jahat sangat)

3 comments:

  1. Assalamu'alaikum Siti sayang.. ^^

    Kenangan manis Ummi sewaktu persekolahan ialah bila tiba waktu Hari Ibu Bapa atau dipanggil Hari Anugerah Cemerlang.....time tu Ummi pasti akan terpilih masuk dalam persembahan acara selingan iaitu tak lain tak bukan menari tarian Melayu Asli dan berpantun....dapat duit tu... ^^

    Bila dah masuk ke alam kerjaya....maka Ummi akan digelar primadona di tempat kerja...itu dulu, tapi sekarang dok mengancam lagi....hehe, nostalgia dulu-dulu memang mencuit jiwa dan akan tersenyum bila berseorangan.... ^^

    ReplyDelete
  2. kenangan waktu sekolah
    tengok perangai budak2 sekarang kat dalam kelas
    teringat perangai kita dulu2

    memang tak terkalah la jugak
    haha

    ReplyDelete
  3. ummi: dulu memang selalu juga masuk berpantun. tapi cuma suka-suka je. Cikgu suruh masuk masuk jelah..

    En Tehr: biaslah lelaki kan en tehr... kalau nakal bukan lelaki namanya. hehehe...

    ReplyDelete

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page