Januari Penuh Dugaan... Tidur Di Hospital

Siti Norshimah Md Yasan | Tuesday, January 14, 2014 |


Masuk tahun baru... orang ramai pasang azam. Azam?  Cik Siti tak sempat nak fikir sebab hari pertama di bulan dan tahun baru anak Cik Siti demam.  Hari pertama sekolah dia duduk rumah sebab demam.  Nasib baik hari jumaat dia sempat sekolah satu hari.

Hari sabtu pulak balik kampung sebab kecemasan ada saudara yang meninggal dunia.... Al-Fatihah....

Malam tu Syasya demam balik.  Bawa pergi ke klinik dan doktor suruh pergi hospital.  Pergilah hospital Melaka sampai pukul 1 pagi untuk ambil darah.  Ambil darah, tengok darah dan turun sikit.  Esok pagi kena ambil darah lagi nampaknya.  Pukul 800 pagi Syasya pergi ambil darah.  turun lagi.  Badan dia dah tumbuh bintik merah.  Mula ingat campak biasa. And then Cik Siti balik KL.

Esoknya isnin (6 Januari) ambil darah lagi.  Comfirm dia addmited.

Mulanya dia di tempatkan di wad kecemasan masuk air dan doktor dok ambil darah je.  Bila dia tengok kita dia dah menangis tak nak duduk hospital.  yelah... dah dalam wad kecemasan mahu dia tak takut. Dengan bunyi orang melaung, lagilah air mata tu laju nak keluar.  pujuk punya pujuk dia diam.  Tapi bila doktor kata kena tidur hospital dia nangis lagi.  Puas le doktor dok pujuk dia.



Naik wad masa tu pukul tujuh dan dia masih lagi dimasukkan air.  Bila di dalam wad dia tenang sikit sebab ada kawan.  Yelah... wad kanak-kanak.... ada taman permainan lak tu.  tapi tak boleh pergi wayar untuk masuk air tu susah untuk dia bergerak.  bila doktor round pukul 800 malam dia dah stop masuk air sebab keputusan darah dah naik kepada 90 masa ambil darah pukul 6 petang. Doktor minta dia minum air banyak dan comfirm dia kena denggi. Dan bintik-bintik yang kita ingat campak tetapi sebenarnya adalah ruam denggi.  Dan masa dia addmited darah patlet dia 37 sahaja dan sedangkan normal 150.

Jadi doktor beritahu untuk keperluan badan, dia perlukan air sebanyak 400 ml untuk tempoh 6 jam.  masa tu nurse berikan cawan dan botol untuk sukat air kencing dan juga berapa ml dia minum.  Semalaman tak tidur sebab ambik darah dan cek suhu badan.  Setiap kali dia kencing Cik Siti suruh dia minum.  Keluar 150 Cik Siti suruh dia minum 200 ml.

Esok untuk keputusan darah pukul 12tengah malam  darah dah naik kepada 90 dan pukul 6 pagi naik lagi kepada 106. Tapi masih belum boleh keluar dan akan ambil darah pukul 12 tengahari pulak.  Jadi doktor akan tengok keputusan untuk pukul 12 tengahari kalau naik lagi berkemungkinan darah akan diambil untuk tempoh 12 jam atau boleh discharge.   Tawakal sajalah... Dok fikir mungkin dugaan tu turun sebab Allah sayangkan kita, kan? Dan setiap dugaan tu ada hikmahnya.

                   Tengoklah tangan dia.... kiri kanan ada jarum... satu untuk air dan satu untuk darah

Pukul 5 doktor round lagi.  kali ini doktor lain pulak.  Bila ayat yang keluar dari mulut doktor

"Girl nak balik rumah tak?" Apa lagi, lajulah anak Cik Siti ni mengangguk.  Jadi bila doktor kata discharge cepat-cepat Cik Siti call Cik abang untuk bawa kereta.  Rupanya darah dia dah naik kepada 168... al-hamdulillah... Tapi yang memeranjatkan Cik Siti bila nurse kata tiada sebarang caj dikenakan.  Tanya juga.  Betul ke? Takkan tak ada caj katil kot? Mak budak pun disediakan tempat tidur dan makan takkan tak ada caj?  Rupanya baru Cik Siti tahu untuk denggi tiada caj dikenakan.  Al-hamdulillah.... Tak sangka semuanya percuma.

Walau bagaimana pun untuk dua hari kemudian kena ambil darah lagi. Itu adalah penentuan untuk lihat sama ada dia sihat atau tidak. Esoknya Cik Siti masakkan anak Cik Siti sup ketam sebab Cik Siti diberitahu oleh orang ramai yang sup ketam adalah ubat untuk demam denggi.  Lepas tu masakkan juga sayur bayam untuk tambah darah.

Hari khamis ambil darah petang tu dan dan al-hamdulillah.... darah dah jadi normal dan dia sihat.  walau bagaimana pun sehingga kini Cik Siti masih pantau anak Cik Siti.  supaya dia minum air banyak dan jangan bermain ditempat yang tidak sepatutnya.

Apa yang Cik Siti dapat rasakan dia mendapat demam denggi tu masa dia bermain di belakang rumah yang mana dia main masa tu selepas waktu hujan. Sudahlah tempat tu banyak semak dan tempat air bertakung.  Dah puas larang dimain juga.  Bila dah kena macam ni barulah tak nak turun main.  Minggu ni barulah dia naik sekolah betul-betul.

Dugaan.... mengajar kita kesabaran
Dugaan ... ada kemanisannya....
dan dugaan itu.... ada hikmahya....

6 comments:

  1. Eh memang mana-mana hospital, kalau sebab denggi Free eh? First time tau ni, tak pernah dengar pulak.. Tak pernah ada pengalaman kena denggi sebabnya..

    2014 ni memang bermacam dugaan! Kak Siti kan kuat, tu yang Allah sayang. :) semoga si comel terus sihat walafiat.

    ReplyDelete
  2. Takziah buat saudara yg meninggal dan al-fatihah.
    Bab anak yg sakit tu, rasanya saya faham perasaan sbb anak saya pun pernah masuk hospital sbb mulanya dengan demam panas sahaja. Tetapi sebagai bapa memang kasihan bila lihat anak di tahan di hospital apatah lagi lebih dari sehari. Tapi itu semua dugaan. Kita hanya mampu berdoa dan bertawakal sahaja. Insya-allah, si kecil akan kembali tersenyum dan pulang ke rumah segera.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah

    anak saya pernah juga kena denggi
    tiap hari ambil darah dan tiap kali juga nangis
    huhu

    ReplyDelete
  4. Anita: Tak pe... hari ni penuh dugaan esok penuh dengan keceriaan... Amin...

    Dulu lain sekarang lain: Itulah... kesian lak kecik-kecik dah kena cucuk

    Tehr: Tulah.... kejap-kejap ambik darah... sampai dia dah lali dah...

    ReplyDelete
  5. As salam,
    Alhamdulillah. Semuanya dah kembali normal. Moga2 kita ambil pengajaran. Terima kasih sudi berkongsi cerita.

    Takziah pada ahli keluarga. Moga ditempatakn dalam rahmat Allah jua. ameen

    ReplyDelete
  6. hafizmd: Terima kasih... walau bagaimanapun kena pantau dalam masa setahun ni...

    ReplyDelete

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page