retak menanti belah?

Siti Norshimah Md Yasan | Thursday, January 30, 2014 |

                                          #pinjam dari google
Bersiaran kembali....

Dah lama sangat dok tinggalkan teratak ni.  Kalau dia boleh bercakap mahu dia merajuk panjang.  Kalau rumah kayu tu bila-bila je nak jatuh menyembah bumi.  Selepas sibuk dengan tugas yang melambung-lambung baru Cik Siti boleh tarik nafas lega dan tumpukan kerja-kerja Admin Cik Siti sekian hampir sebulan Cik Siti tak usik.  Bertimbun DO yang tak difax lagi, Cuti Staff yang tak berupdated report bulanan yang perlu disiapkan (Memandangkan dah hujung bulan yang cuti panjang), Kesilapan meresit yang banyak perlu dihantar, tapi itu tak berikan laluan untuk Cik Siti patah semangat.  Buat mana yang penting dan buat semampu yang boleh.  

Apa yang penting kesilapan meresit yang perlu dihantar.  Tak nak pelanggan cari kita.  Biar HQ dok melalak minta report. Kita la...la...la....la... Okey! masa tu tak menang tangan.  Tinggal jap pastu buat report.  tapi biasanya itu yang urgentlah.  Kalau yang mingguan dan bulanan tu ada deadline dia.  Yang penting hari isnin bukan saja monday blues, tapi busy day nak antar report.

Erm... buat mana yang penting dan keperluan. Yang penting kita mampu untuk melakukan.

Yes! Masa berehat.... Cuti staff dah updated.  kesilapan meresit dah 0 beberapa report dah siapkan cuma tunggu nak dipostkan.  cuma ada satu...dua....tiga....empat....

Hella Cik Siti ada lagi report menunggu isnin ni!  dah masuk bulan baru! Statistik kena buat!

Oh ye?  okey!

Entah apa kena mengena dengan tajuk dan gambar pun Cik Siti tak tahu.... nampak sangat yang Cik Siti dah tingtong...huhuhu

2 comments:

  1. rasanya ada juga kena mengena sipi2
    retak masih boleh diselamatkan
    hanya perlu sabar je

    ReplyDelete
  2. En Tehr: banyak dah kayu sokongan nak di lekatkan ni....

    ReplyDelete

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page