RMT (Rancangan Makanan Tambahan)

Siti Norshimah Md Yasan | Friday, April 18, 2014 |

                                                         Kredit by google

Selamat Bertemu Kembali....

Bila petang begini teringat pulak kenangan silam yang sering kali menyapa nostalgia Cik Siti.  RMT atau rancangan makanan tambahan bagi sekolah rendah Cik Siti tak pastilah masih valid ke tidak pada zaman sekarang ni.  Mungkin di sekolah di luar bandar mungkin masih ada yang menerima bantuan seumpama ini.

Dulu... masa Cik Siti darjah satu pada tahun 1984 Cik Siti pernah merasa semua ini.  Bila masa rehat je semua dok tinjau dan leher macam zirafah sebab nak tengok apa menu yang disediakan hari itu.  Tapi masa tu kita kecik lagi.  Dan hidup pun tak adalah mewah mana.  Terimalah apa menu yang disediakan.  Tapi tak calang juga menu yang diaorang sediakan.  Ada masa nasi lemak, mee goreng, dan bubur.  Masa tu dok bawah pokok makan ramai-ramai.  Seronoknya zaman tu.

Tetapi yang bestnya, setiap hari kita orang kena bawa kayu api sebatang seorang.  kalau musim hujan tu,  bila kayu api tu habis basah mahu muncung orang kantin agaknya.  Yelah.... masa tu mana tahu kalau kayu api tu basah kena hujan tak boleh nak hidup.  Kitakan kanak-kanak rebina kan?  Hehehe.... Yang penting bawak. Kan?kan?kan?

Pernah sekali tu Cik Siti malas sangat nak bawa kayu api tu.  Cik Siti suruhlah Pak sedare yang kerja kilang tu bawak ke tempat kerja dia.  Sudahlah masa tu dok dengan rumah atok(sebelah arwah ayahanda) depan sekolah, ada pulak demand nak naik basikal.  Dah kita yang paling manja dengan diaorang. (eksen jap) Bila dah naik basikal entah kenapa malas nak bawak kayu api walhal dah pegang pun.

"Nah Pak Kasim.  Tak nak bawak."
"La...kenapa tak cakap awal-awal.  Bawak jelah.  Takkan Pak Kasim nak bawak pulak."
"Ala... bawak jelah.  Pak Kasim bawaklah kat kilang." Sesedap mulut je Cik Siti cakap, kan?
"Yelah... yelah..."  Senggeh macam kerang busuk lak Cik Siti.
Tapi.... Bila sampai kat sekolah padan dengan muka Cik Siti kena marah dengan cikgu.  Huhuhu....

Petang tu bila pak sedare Cik Siti balik dari kerja Cik Siti tanyalah dia mana kayu api yang Cik Siti suruh bawak tu.  Yang best dia kata apa?

"Pak Kasim dah buang masa tengah jalan."  Wa.....

Tapi bila mengenangkan memang seronok dapat makan free tu...

Bawak duit pun tak banyak mana.  duplosen je.  lepaslah nak beli air dengan sagun hahaha...

2 comments:

  1. Ya la teringat jgk masa sekolah rendah..mmg ada RMT ni.Tp..ramai yg takmo ambik sbb masakannya tak sedap..hehe

    ReplyDelete

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page