Apa yang ada dalam Handphone

Siti Norshimah Md Yasan | Sunday, April 13, 2014 |
salam bertemu kembali....

Hari ni nak cite tentang handphone.  Dalam handphone Cik Siti banyak jugalah gambar yang Cik Siti ambil.  Tapi yang paling banyak capture gambar bunga dan gambar makanan.  Ala... dah namanya perempuan, biasalah ambik gambar bunga dan makanan.  Gambar makanan  yang Cik Siti snap ni pun kebanyakkan yang Cik Siti masak sendiri.  cuma satu ni je. Cendol yang popular di Kuala Selangor.  Cendol Bakar.  masa tu Cik Siti singgah selepas menghantar rombongan kahwin di Sabak Bernam.

Inilah dia Cendol Bakar yang femes kat Kuala Selangor.  Yang menariknya kat sini ada drive tru lagi.  itu mana yang nak bawa balik.  Jom layan apa lagi yang ada dalam handphone Cik Siti.  Jom.... Godek lagi

yang ini feberet Cik Siti.  Ubi rebus dengan sambal tumis ikan bilis.  Pekena lak dengan air kopi o panas.  Memang layan.  Kalau nak resepi sambal ni boleh je. Terjah je kat sini. gerenti puas hati. Apa yang penting cili tu memang kena masa garing-garing.  Barulah sambal tu sedap rasanya.

Yang ini telur masak kicap.  Motif? sesaja ambil.  Yang ini memang kegemaran anak-anak.  Biasalah budak-budak memang suka dengan masak kicap ni.  Yang ini pun ada resepi jugak.  Tapi yang sebelum ni Cik Siti tibai dengan ikan talapia. Ala... resepi dia sama je.  cuma pandai-pandailah kita buat dia. Kalau nak resepi kat singgah kat sini. Tapi yang Cik Siti punya yang simple-simple je. 

Ha... yang ini fresh lagi.  baru buat masa sarapan pagi tadi.  kuih vadai.  Dulu pernah buat kuih ni.  Tapi tak menjadi. Kerasnya mak ai macam batu. sekarang dah menjadi barulah nak tayang ye.  Ala... itu pun ikhsan dari penasihat pakar.  Dah namanya makanan orang india.  So.... belajar dengan orang india baru menjadi.  Rahsianya terletak pada kacang tu sendiri.  Nak resepi? nanti Cik Siti bagi ye.... kita buat en3 lain lak.

Yang ni lak mee kari.  feberet Cik Abang. dapat lak kalau kuahnya dah pekat bila sejuk.  Kalau dapat mee dah habis dia layan kari tu dengan roti.  nyum...nyum.... dia kata sedap.... sedap?  al-hamdulillah.....Yang ini kalau nak resepi nanti Cik Siti bagi ye.  Cik Siti masak pun main campak-campak je.  he...he...he....

Pagi-pagi memukul canang,
canang dipukul dengan senangnya,
Perut kenyang hati pun senang,
Bersyukurlah kita dengan RahmatNYA.

6 comments:

  1. Cendol Bakar!!

    Lama dah tak menyinggah sana~ Dulu tu tempat wajib kalau jenjalan dengan kawan.. Best sebab ada ala-ala foodcourt situ then makan laksa.. Tapi sekarang dah jauh memang tak mungkin la dapat pergi selalu... hehe. Punca jalan jem sebab cendol Bakar ni la.. Sabar je...

    ReplyDelete
  2. nanti ada masa bolehlah pegi. ari tu makan cendol ngan lempeng bakar. memang sedap

    ReplyDelete
  3. Salam ziarah kembali.Terima kasih singgah blog atie yer.Poberet gak tu..cendol & mee kari.. :D

    ReplyDelete

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page