Bermulanya Perjalanan...

Teratak pena | Monday, January 25, 2010 |
Oklah.. en3 kali ni nak ceritakan pasal perjalanan Cik Siti selepas sahaja cik Siti tamatkan pelajaran cik Siti sebagai pelajar. oklah... KWSP cik Siti bermula pada tahun 1995 lepas SPM.nak tahu mana Cik Siti keje? mana lagi kalau bukan keje dengan kilang. minah kilang....

1995- Cik Siti Keje kat kilang TAKARA. satu tempat dengan ibunda Cik Siti. cuma bezanya cik Siti ni normal day tapi ibunda cik Siti keje shif. kat cni le diaorang kata cik Siti ni adik ibunda. ibunda cik Siti yang nampak muda ke atau cik Siti nampak yang dah tua?

1995-Nampaknya rezeki nak sambung belajar tak de... so cik Siti sambung keje kat kilang lain. kilang TANASHIN. kat cni yang bestnya kebajikan pekerja memang diaorang jaga. harijadi diorang tak lupa dan 3 bulan sekali pihak atasan akan tutup semua production dan panggil orang masjid baca yasin. tak pernah Cik Siti jumpa kilang seperti ini. kat cni Cik Siti sebagai operator je...

1998-cik Siti stop kerja dan sambung belajar tingkatan 6. lepas STPM cik Siti sambung keje kat TEAC. kat cni cik Siti jadi QC, memang benar kata orang. makin tinggi level kita makin tinggi juga tensen kita. kalau reject pam pum kena marahnye.....

1999-Cik Siti berenti dan keje dengan sedare Cik Siti sebagai kerani... kat cni cik Siti kenal macam mana nak buat invois, macam mana nak kendalikan DO dan macam-macam. sambil tu jengah juga keje yang lain....

2000- Pertama kali tidak pernah terlintas difikiran cik Siti bahawa yang Cik Siti akan bekerja dengan syarikat besar. TELEKOM MALAYSIA. bekerja dengan TM merupakan satu tuah yang mungkin susah untuk aku lepaskan... bekerja bersama dengan orang ramai ada kalanya pahit, adakalanya manis, dan adakalanya begitu memeritkan. 10 tahun bukan jangka masa yang singkat. Aku tahu memang perubahan masa memaksa kita terus kehadapan namun hanya satu yang perlu kita berpaling. Budi bahasa, kesabaran dan keikhlasan adalah platform untuk berjaya, dan bukan hanya bermain dengan perasaan da keangkuhan kerana itu akan meruntuhkan senggengam amanah....

dari minah kilang hingga menjadi khidmat pelanggan memang banyak perbezaannya. bekerja kilang: penat+ngantok+makan+target=fikiran tak tensen
khidmat pelanggan:penat+target+berfikir=badan dan otak menjadi penat....

itulah perjalanan yang masih lagi aku teruskan langkah....

No comments:

Post a Comment

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page