Mana Letaknya Kasih Sayang

Teratak pena | Wednesday, January 13, 2010 |
En3 kali ni Cik Siti agak beremosi... perasaan berbaur... marah, sedih, dan juga kecewa. walau pun ada sekelumit berita gembira namun itu tidak memberikan satu kelebihan bila cik Siti rasa cukup sedih....

pada saat menerima berita gembira sebenarnya membuatkan cik Siti tertanya. kenapa? mengapa? kenapa mahu dirahsiakan berita gembira dan mengapa sudah hampir 4 bulan ianya berlaku baru sekarang cik Siti tahu? itu pun bukan sengaja... mungkin tuhan itu maha mengetahui dan cik Siti tahu berita itu dengan cara tidak sengaja.

dr mana tidak perlu tahu... yang cik Siti sedih dan terfikir di manakah letaknya kasih sayang sebenarnya? bukannya orang asing, tapi saudara sendiri... yang cuba meletakkan cik Siti dan beberapa saudara cik Siti seperti orang asing. hati kami bukan kertas yang mudah dihancurkan. tapi kami adalah manusia yang mempunyai perasaan sendiri.

adakah kasih sayang tu terletak pada kekayaan? harta yang berkoyan-koyan adakah mampu membeli kasih sayang? atau pun pangkat dan standard yang mengukur kasih sayang? mungkin dato atau tan sri yang dicari? namun kini keikhlasan dan kejujuran dalam kasih sayang sudah menjadi begitu cetek sehingga sanggup membuang saudara.....

di mana letakkanya kenangan mereka semasa susah? di manakah letakkannya kenangan semasa pertama kali kaki mula jejak ke tanah? bila sudah berjaya, lupa untuk memandang kesusahan... lupa untuk memijak tanah yang pernah bersalut lumpur?

cik Siti sedih, kenapa mereka berbuat sedemikian? adakah kami ini busuk pada mereka? tidak memenuhui piawaian mereka? sebab kami ini bukan golongan berada? lidah cik Siti kelu bila dapat tahu. tapi cik Siti cuba nak memujuk hati ni. yang paling sedih ibunda cik Siti pun tidak mengetahuinya. begitu sanggup mereka berbuat demikian.

Cik Siti kehilangan ayahanda sejak berusia 17 tahun. bukan wang yang kami minta, bukan pangkat yang pinta dihulurkan. cukup dengan kasih sayang. Kasih Sayang. Aduh... cik Siti mengeluh. mungkin cik Siti boleh berbuat tidak tahu apa yang berlaku tapi cik Siti sedih bila mereka juga membuang ibunda cik Siti. saudara apakah ini? mereka sepatutnya ingat darah yang mengalir dalam darah cik Siti ini sama dengan mereka.

Mungkin mereka belum sedar. walau pun mereka buat Cik Siti sekeluarga Cik Siti berdoa agar mereka akan terus bahagia..... sebab Cik Siti tahu Tuhan itu lebih mengetahui........



2 comments:

  1. Aku pon sedey...kecik ati pon ade gak...
    Tapi ape leh buat...kite ni kan x standard dengan mereka-mereka tu...

    ReplyDelete
  2. tak pe... tuhan tu kan maha adil... kita tunggu dan lihat saja

    ReplyDelete

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page