Resepi: Mee kari

Teratak pena | Sunday, April 20, 2014 |


Salam bertemu kembali....

Apa khabar semua?  Harap sihat dan berbahagialah hendaknya disamping keluarga dan rakan.  Okeylah... kali ini Cik Siti nak kongsi resepi mee kari. Kan hari tu Cik Siti dah janji nak berikan resepi dia.  Resepinya ringkas tetapi sedap.  Jom kita tengok dulu bahan-bahan dia.

4 ketul ayam (untuk dibuat rencah)-potong kecik ye
Kalau tak nak boleh tukar kepada udang atau daging.
5 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
satu inci setengah halia. *
*Bahan-bahan ini ditumbuk lumat
Rempah 4 sekawan :
Kayu manis
Bunga lawang
bunga cengkih
buah pala
1cawan Santan pekat
Air mengikut sukatan
5sudu rempah kari nak lebih pun boleh
2 biji kentang dipotong dadu
2 keping fish cake
Daun kari
Mee kuning #
Sawi hijau#
#bahan ini dicelur
Cili Hijau dan bawang goreng untuk hiasan

Okey.... cara-caranya adalah:
Campurkan semua bahan yang ditumbuk dengan rempah 4 sekawan dan rempah kari. Masukkan air sedikit.
kemudiannya tumis rempah tersebut.  Bila rempah dah garing dan naik bau masukkan kentang dan ayam. kemudiannya masukkan santan pekat.  Masak sehingga ayam dan kentang tu empuk.  Kemudiannya masukkan air bergantung kepada citarasa anda.  Nak pekat jangan masuk banyak sangat air.  Gelugor lagi dan kemudiannya masukkan fishcake dan daun kari.  Bila dah siap, tutup api.  Ambil mee masukkan kari tadi kemudiannya letakkan sawi yang dicelur berserta dengan cili hijau dan bawang goreng. Siap!  dah boleh makan.  YUM!YUM!  Boleh cuba.

3 comments:

  1. Amboi sedapnya Siti....rasa terliur pulak Ummi, baru saja berjuadah dengan mee kari airtangan suami....apakhabar Siti....sihatka.. :)

    ReplyDelete
  2. Kalau makan mee kari saya suka letak kuah banyak-banyak. Baru Marvelous. :-)

    ReplyDelete
  3. Ummi :Khabar baik Ummi... TQ sudi singgah

    Akubiomed: hirup kuah dia memang best

    ReplyDelete

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page