zaman kanak-kanak yang ceria

Teratak pena | Thursday, June 18, 2009 |
First sekali nak minta maaf banyak-banyak sebab dah lama tak updated blog ni. maklumlah, anak tak sihat pastu awal bulan 6 ada family day kat PD. ada masa terluang nanti kita cerita ye. sebab dah janji nak ceritakan pasal kite darjah satu dulu. masa tu tahun 1984. aku masih ingat yang bawa aku nenek aku. cikgu Pertama yang aku jumpa ialah Cikgu Ibrahim. pakai cermin mata dan baju ala-ala 50-an sebab dia pun macam dah nak pencen. orangnya pun susah nak marah. sebab itulah dia diletakkan pada kelas darjah satu. sebab dia ni penyabar orangnya. nak jadi cerita, masa tu aku sekelas dengan pak sedare aku dan yang bestnya dengan adik ipar aku. He.... he....( masa tu mana tahu nak jadi adik ipar, kalau tidak mesti malu-malu ah).
kenangan yang tidak dilupakan masa aku darjah satu yang mana satu ketika aku pernah balik dengan seluar pendek warna hijau muda gara-gara jatuh dalam lopak air. eleh, masa tu bukan ingat nak segan. kite kecik lagi tau!
pas tu, kejadian aku beli gula-gula. masa aku darjah satu yang selalu pergi kedai pak sedare aku yang darjah 3. aku cuma tukang teman je. ada satu masa tu aku gaduh dengan pak dare aku. aku merajuk dan terus ke kedai dengan impian nak beli gula-gula. berbekalkan duit yang aku kumpul aku pun pergilah kedai. bila sampai kedai, aku belilah gula-gula yang paling aku suka. gula-gula nenas. aku cakap ngan tokeh tu, "gula-gula singgit." yang aku pelik cina toke tu tanya aku tiga empat kali. dan setiap kali dia tanya aku angguk. setiap kali dia tanya aku angguk. dia pun apa lagi, dia ambik kertas dan mula kire. yang aku ni pun satu. dok diam je. nah ko! dia bagi aku bungkusan kertas yang di dalamnya mengandungi 42 biji gula-gula. la.... bila masa nak habis ni? mana tahu gula-gula tu 4 biji 10 sen siap dia bagi free dua biji. toke tu yang untung, aku yang rugi bagi pak dare aku kenduri gula-gula wa.....wa......

1 comment:

  1. Waaa...ni musti Pak Man kejekan gula-gula ko...
    Skang anak die lak kejekan gula-gula anak ko...huhuhuhu

    ReplyDelete

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page