BERTEMU LAGI.....

Teratak pena | Wednesday, June 03, 2009 |
La ni aku nak ceritelah pulak time baru-baru nak masuk darajah satu. darjah satu aku kat kampung kesayangan aku, kat KgSempang, Merlimau Melaka dengan nenek dan atok aku. pagi-pagi sebelum ayam dok kokok aku dah kena jerit dengan nenek aku. berbekalkan andang yang diberikan oleh nenek aku. macam gerabak keretapi kami beratur ke perigi untuk mandi. dan leader dia mak sedare aku yang masa tu darjah 6. dalam hati tuhan saja yang tahu. buatnya jumpa pocong ke puntianak ke, yang pasti aku tarik baju mak sedare aku dulu. sebab aku yang tengah-tengah. pak dare aku yang sebaya dengan aku pun takut macam aku juge. sampai sana, aku angkat tangan nak jadi peserta terakhir dalam acara mandi pagi. sejuk oiiiii!
nak pergi sekolah, ada syaratnya. setiap pelajarkene le bawak kayu api sebatang sorang untuk RMT (rancangan makanan tambahan) yang pasti setiap hari aku sarapan roti canai. sampai kadang-kadang muka pun dan naik macam roti canai hehhehehe.....
ha..... itu baru aku kat rumah. itulah rutin aku setiap hari. kat sekolah? nanti aku ceritakan ye!

No comments:

Post a Comment

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page