Mari belajar resepi...

Teratak pena | Wednesday, February 10, 2010 |
gambar adalah sekadar gambar hiasan

Okeylah kali ni Cik Siti teringin nak kongsi resepi rendang buat semua. resepinya rendang cili api. nampak cam sedapkan? lebih sedap kalau makan dengan ketupat dan kuah kacang. memang maveles..... okey, ini dia resepi yang ibunda cik Siti berikan.


RENDANG AYAM CILI API


1 ekor ayam kampung/ayam pencen.

(redam ia dengan nenas supaya cepat empuk)-belajar petua lagi

15-18 batang serai potong halus

23 bji bawang merah

16 biji bawang putih

satu genggam cili api kampung

bahan-bahan serai, bawang merah, cili api dan bawang putih dikisar.

3 biji santan. kalau nak lemak boleh tambah lagi

keresik

garam secukup rasa

gula secukup rasa

lengkuas barang satu inci dan titik

asam keping/ belimbing buluh kalau ada

daun kunyit

dan kalau cik Siti suka masuk gula melaka sikit biar lemak tu ada.


1. Tak payah tumis. cuma masukkan terus dengan bahan kisar tadi.

2.masukkan 1/4 santan bersama air dan ayam. biar ianya kering buat seketika.

3.bila air sudah kering, boleh tengok ayam. jika masih lagi keras boleh tambah air. kalau hampir lembut boleh masukkan santan yang selebihnya.

4. masukkan asam keping, lengkuas, gula dan garam serta gula melaka kalau nak.

5.Bila daging ayam sudah lembut dan hampir kering santan boleh masukkan kerisik.

6.taburkan daun kunyit yang dicincang halus dan kemudian kacau.

7. siap dan boleh dihidangkan

2 comments:

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page