Teaming With Passion

Siti Norshimah Md Yasan | Monday, July 26, 2010 |
Ehsan Dr Encik GOOGLE

Kalau korang tengok gambar kat atas tu gerenti yang kata biar betul Cik Siti ni... ini dah kira 18 SG... tapi scroll dulu... baca dulu... jom terjah!


En3 kali ni cik Siti nak cite ckit sal krusus yang cik Siti kena gi ari sabtu dan ahad yang lepas (24&25 Julai). yang sebenarnya cik Siti rasa letih sikit sebab banyak games dan motivated yang dijalankan. sampaikan suara cik Siti pun dah sakit dan perit. bukan apa, dok menjerit sentiasa...

ari sabtu krusus bermula pada pukul hampir 11 pagi. berikan kumpulan dan saat itu dah jadi cam jejak kasih lak. yelah... mana rakan-rakan yang cik Siti tinggalkan pada tahun 2003 jumpa balik. banyak aktiviti melibatkan games, menyanyi dan menari... naik semput cik Siti dibuatnya. dan setiap aktiviti berkumpulan dan perseorangan akan diberi reward. paling murah 100,000.00 ringgit. dan yang paling tinggi adalah 1,000,000.00 ringgit(1 juta). nak dapat reward memang senang. kalau kita sertai apa aktiviti yang berikan kita akan dapat reward. maka bermulalah memasing nak kumpul 'duit'. yang tak bestnya sebelum balik ari sabtu tu kena buat assingment. macam dak sekolah lak. tak pe macam dalam krusus tu kata CHALLENGE!!!!!!! nah, penangannya cik Siti tidur kul 2 pagi. malas nak taip cik Siti tulis tangan je.

oklah... ari ahad tu kene serahkan essei yang kita buat malam tadi. (yang Cik Siti tidur sampai 2 pagi). WOW! caya tak caye Cik Siti dapat 1.3 juta.....he...he....he... hasil usaha yang berbaloi. Sepanjang krusus tu cik Siti dah kumpul sebanyak 2.8 JUTA ringgit. hish!hish! kalau duit betul yang diaorang bagi mahu tak yah kerja sepanjang idup cik Siti. 7 keturunan pun tak abis makan.

dalam krusus banyak yang cik Siti belajar..... macam mana nak terima cabaran, pasang strategi, hubungan dengan rakan, perubahan dan yang cik Siti paling suka adalah MENTAL WARRIOR.... peranglah segalanya... segalanya yang negatif dan segala musuh yang datang...

yang sebenarnya ada sebab lain yang cik Siti suka... sebab dapat Book Off 2 ari... best!best!he...he...he....

CHALLENGE..............
I CAN DO BETTER!!!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page